Audio ‘budak kita’: Pejuang Muda desak Hamzah direhatkan


Pergerakan Pemuda Parti Pejuang Tanah Air Negara (Pejuang Muda) hari ini mendesak agar Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin direhatkan atau digantung tugas susulan rakaman perbincangan pelantikan “budak kita” dalam pasukan polis.

Ketua Pejuang Muda, Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, langkah itu akan memudahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis bagi membuat siasatan terhadap Hamzah.

“Kami mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu merehatkan atau menggantung tugas Hamzah selaku menteri bagi memudahkan SPRM dan polis menjalankan siasatan.

“Rakaman itu diakui sendiri. Maka, beliau perlu direhatkan atau digantung,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Naib Ketua Pejuang Muda Nik Fathurahman Nik Rasli, Setiausaha Ahmad Aizat Khalid, bendahari Muhd Fikri Ahmad dan Ketua Penerangan Akif Rusli.

Semalam, Akif membuat satu laporan SPRM di Putrajaya berhubung pengakuan Hamzah tentang suara di sebalik rakaman audio tersebut.

Untuk rekod, Hamzah pada 30 April mengakui bahawa rakaman suara yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis sebagai miliknya.

Hamzah bagaimanapun berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Hamzah dalam rakaman itu antaranya menyatakan sokongan kepada seorang yang dirujuknya sebagai “budak kita”.

“Because (kerana) dia budak kita, budak Perak, family (keluarga) semua kat sana and it will be very good for us (baik untuk kita),” katanya.

Hamzah juga mengesahkan bahawa rakaman audio berkenaan dibuat pada tahun lepas.

Bagaimanapun, Abu Hafiz mendakwa bahawa Hamzah tidak boleh membuat sebarang kesimpulan sama ada dia bersalah atau tidak.

“Itu (pengakuan Hamzah tidak bersalah) tidak 100 peratus benar. Perbincangan itu di luar Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP). Apa maksud ‘budak kita’ dan ‘bagus untuk kita’.

“Beliau bukan peguam negara, SPRM atau polis untuk berkata demikian. Biar SPRM dan polis membuat siasatan secara berintergriti,” katanya.

Sementara itu, Pejuang Muda turut meminta SPRM supaya tidak mencari ruang untuk melepaskan pemimpin kerajaan yang dilaporkan sebelum ini.

Ini selepas kenyataan Pengerusi SPRM Azam Baki baru-baru ini bahawa gesaan bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador untuk melakukan siasatan berhubung campur tangan ke atas SPP di luar budang kuasa suruhanjaya antirasuah itu.

Menurutnya lagi, SPRM juga masih tidak menjelaskan status terkini laporan berhubung rakaman audio yang didakwa mirip suara Muhyiddin yang mengatakan ahli parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu jika ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Saya membuat laporan SPRM pada 1 Jun 2020. Sehingga kini tiada sebarang perkembangan. Kami minta SPRM supaya tidak mencari ruang untuk melepaskan watak-watak ini.

“SPRM bukan sahaja melibatkan rasuah tetapi juga penyalahgunaan kuasa,” katanya. Mk

Semua MP tak sokong PM kena berunding segera, kata Pemuda Pejuang

Related Articles

One Comment

  1. dulu ‘atok’ lantik hamid badut jadi KPN pun termasuk dalam isitlah ‘budak kita’
    apa lah punya bangang si abu hafiz ni, rasa nak bagi penampar je

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker