Amaran! Masjid, surau tutup seminggu



Sebaran :


Amaran! Masjid, surau tutup seminggu jika langgar SOP

Seremban: Masjid dan surau di Negeri Sembilan yang didapati ingkar serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan garis panduan dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), akan diarah tutup selama tujuh hari.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata, tindakan tegas itu perlu diambil dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang masih membimbangkan.



Katanya, ia juga susulan laporan yang diterima membabitkan ahli jemaah masjid yang melanggar SOP ditetapkan seperti tidak membawa sejadah ketika hendak menunaikan solat dan tidak memakai pelitup muka dengan sempurna.

“Oleh itu, mana-mana Masjid dan surau di negeri ini yang dikesan melanggar SOP akan ditutup selama tujuh hari. Tindakan ini juga terpakai kepada pusat ibadat kalangan bukan Islam.

“Saya tidak mahu hanya disebabkan seorang atau segelintir individu yang tidak mengikut SOP, menyebabkan ahli jemaah lain menerima kesannya.



“Kerajaan negeri terpaksa mengetatkan SOP masjid dan surau bagi memastikan semua jemaah dalam keadaan baik dan selamat sekali gus dapat membendung penularan wabak Covid-19,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma negeri di sini, tadi.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri akan mengeluarkan SOP Hari Raya bagi masjid dan surau dalam tempoh terdekat.

“SOP itu sebagai panduan untuk 400 masjid dan 800 surau melaksanakannya ketika Aidilfitri minggu depan,” katanya.



Dalam perkembangan sama, beliau berkata setakat ini sebanyak 46 sekolah iaitu 31 sekolah kebangsaan (SK) dan 15 sekolah menengah (SM) di negeri itu ditutup susulan terdapat kalangan warga sekolah yang dikesan positif Covid-19.

Menurutnya, penutupan sekolah membolehkan Pejabat sihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi. HM

Cukuplah! Jangan benarkan lagi ahli politik bukan Islam masuk masjid


Sebaran :


Leave a Reply