Reformasi IGP gagal?
Reformasi IGP gagal? . Ketua Polis Negara (IGP) Hamid Bador telah menelanjangkan apa yang sebenarnya berlaku dalam institusi kepolisian negara.
Isu kartel yang dibongkarkan KPN umpama sel kanser yang sedang menghancurkan seluruh sistem keselamatan negara.
Bukan hanya PDRM, malah kanser ini juga terlihat dalam agensi penguatkuasaan lainnya termasuk kastam, imigresen, Aksem, Maritim, KPDNHEP, dan seumpamanya.
Memang tak dapat dinafikan bahawa sebagai agensi penguatkuasaan, kelompok ini paling terdedah kepada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Malah tukang cuci, pemandu lori dan apa-apa sahaja pekerjaan pun boleh dirasuah jika kena pada tempat dan masanya, asalkan kepentingan pihak-pihak berkaitan terpenuhi.
Dalam semua agensi ini, hanya IGP yang kelihatannya gagah berani membuka pekung di dada agensi beliau sendiri.
Ini satu pengakuan yang mengejutkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah seluruh dunia. Agensi keselamatan sebuah negara dikawal oleh kartel jenayah terancang?
Tetapi harus diingat, bukan sahaja Malaysia, banyak lagi negara lain yang turut sama mempunyai masalah sedemikian rupa termasuklah India, Venezuela, Mexico, Afrika dan Jepun.
Tidak ada sesiapun yang sanggup memberi sesuatu dalam kuantiti yang sedikit atau banyak kepada penguat kuasa jika tiada berkepentingan.
Kerana kuasa yang dimiliki, undang-undang yang dijunjungi maka merekalah menjadi sasaran penjenayah ini. Jika tiada kuasa tak ada yang ingin mendekati.
Oleh itu, mahu tidak mahu mereka yang berkuasa ini perlu amanah dan dikawal sebaiknya, yang si penjenayah pula perlu dihapuskan sehingga ke akar umbi.
Reform oleh IGP? Tetapi setakat mana keberanian beliau ini akan diteruskan? Malah beliau juga mengakui ada pula kartel yang mahu menjatuhkan beliau kerana reform dan komitmen beliau menghapuskan kerosakkan dalaman PDRM.
Ini parah, reform yang dibawa beliau pasti gagal kerana ada pihak dalaman yang mahukan ia gagal dan berusaha agar ia gagal.
Percaturan wakil rakyat
Anggota sendiri yang bersekongkol dengan penjenayah mahu IGP dijatuhkan, cuma nasib menyebelahi mereka kerana tempoh perkhidmatan IGP tamat semalam.
Yang lebih ditakuti adalah reform IGP ini juga cuba digagalkan oleh pihak luar terutamanya ahli politik?
Ya, tidak mustahil penjenayah akan mendekati wakil rakyat ini yang bertanggungjawab membuat pelbagai percaturan termasuk menggubal undang-undang.
Suara berani IGP tidak bersahut pun, mana suara menteri berkaitan? Mana juga suara perdana menteri? Ini saatnya reform yang dibawa ini diberikan kesinambungan bersifat infniti.
Dalam sejarah negara, Hamid Bador sahaja setakat ini yang berani mendedahkan kartel dalam institusi polis.
Ini tidak bermakna PDRM bawah KPN sebelum ini bersih. Akan tetapi keberanian panglima seperti Hamid Bador ini jarang dimiliki.
Ramai yang mengambil pendekatan senyap, tutup mata dan “aku dipenghujung servis, buat apa nak pening kepala”- sindrom biasa dalam agensi awam.
Walaupun dipujuk dan ada suara-suara yang mahukan IGP kekal, akan tetapi nampaknya penglima ini tekad mahu pergi.
Ada yang suka dan ada yang bakal meratapi kehilangannya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Kerana isu kartel ini belum selesai, ia baru dibongkarkan, masih ramai yang belum dibawa kemuka pengadilan. Adakah kartel akan kembali menguasai PDRM?
Anggota yang dibawa ke JIPS akan ditukarkan tanpa hukuman di mahkamah terbuka? Reform yang disuarakan akan lenyap seumpama kabus di pagi hari atau reform ini hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam?
Perlantikkan IGP yang baru adalah sangat penting, diharapkan reform yang telah diinisiatifkan oleh Hamid Bador dapat diteruskan.
Jika tidak, sia-sialah panglima bertempik, membuka langkah silat dan berpencak di kala yang lainnya hanya mencemuh dan menghambur kata nista.
Setakat ini, kelihatannya Ayob Khan, ketua polis Johor yang berani mengambil pendekatan di luar kebiasaan.
Ayob Khan
Adakah yang bakal meneruskan legasi Tan Sri Hamid Bador? Ketegasan Ayob memang terserlah, keengganan beliau menyerahkan nama kepada Jips menunjukkan ‘stand’ yang berbeza dimilikinya.
Ayob akan ditekan?
Komitmen terhadap pasukan PDRM sejak mengetuai bahagian E8, Counter-Terrorism jelas digeruni.
Akan tetapi reform Ayob senada seirama dengan IGP ini, persoalannya adakah reform ini mampu diteruskan dengan sokongan Bukit Aman? Atau Ayob akan menerima tekanan dan sebagainya?
Banyak perkara dalam PDRM ini yang masih belum selesai. Reform IGP dan Ayob ini jelas pada masa ini, kita meyakini IGP yang baru nanti mampu meneruskannya, posisi Acryl Sani sebagai nombor dua sebelum ini sedikit membataskan keserlahannya.
Acryl Sani
Jika diizinkan Allah SWT, Acryl Sani sebagai IGP yang baru akan meneruskan legasi Hamid Bador, malah diyakini Acryl akan melakukan reform yang lebih serius.
Bukan sahaja, Hamid Bador dan Ayob Khan, malah Acryl Sani juga akan termasuk dalam senarai panglima yang berpencak dan menghunus pedang melawan kebejatan gila si kartel.
Hapuskan kartel untuk kemajuan negara dan rakyat umumnya.
MOHD MIZAN ASLAM (PhD) berkhidmat di Pusat Kajian Terrorisme dan Ekstremisme, Naif Arab University for Security Sciences di Riyadh, Arab Saudi.
Baca Juga : https://mykmu.net/2020/04/09/covid-19-perketatkan-kawalan-keselamatan-sempadan-negara-ahmad-zahid/
Kartel polis mahu jatuhkan IGP, Muhyiddin tolong jawab, kata Salahuddin
isu kartel ini dalam PDRM merupakan ‘open secret’ yang telah lama wujud, ianya diketahui setiap KPN sebelum hamid bador ambil alih jawatan ini…begitu juga dengan pengetahuan pegawai2 polis yang lain…anggota polis juga manusia, ada yang tidak licik ada pula yang licik pandai melepaskan diri dari radar menyembunyikan perbuatan persekongkolan jenayah mereka…perkara ini berlaku pasti disebabkan kecanggihan teknologi(kepunyaan polis atau tersedia dijual dipasaran) yang mereka salah gunakan untuk melindungi diri mereka apatah lagi ‘kerjasama’ dari anggota polis lain yang turut sama korup
apakah boleh dikata ‘professional’ jika mendedahkan nama2 anggota polis yang dikenal pasti atau disyaki terlibat dalam isu kartel ini kepada anggota polis lain yang tidak layak mengetahuinya selain kepada anggota polis yang layak mengetahuinya kerana ditugaskan khas untuk membanteras isu kartel ini? bagaimana dengan saringan tentang anggota polis yang diberikan tugas khas ini, apakah mereka ini 100% boleh dipercayai tidak membocorkan rahsia?
ini merupakan masalah dalaman PDRM untuk diselesaikan, orang awam tidak dapat membantu…begitu juga dengan menteri atau orang politik…entahlah ya kalau ada menteri atau orang politik pernah mengganggu polis membuat kerja menyelesaikan perkara ini…hamid bador tidak sebut apa2 pun tentang gangguan ini
tentang pemilihan atau sekatan kenaikkan pangkat anggota polis itu dari menteri(KDN) yang dikatakan cuba campur tangan, aku rasa ada merit atau sebab berasas…mungkin ada anggota polis terpaksa memaklumkan(secara rahsia) kepada menteri(KDN) bahawa ada nama2 anggota polis itu yang akan dinaikkan pangkat tidak boleh dipercayai kerana disyaki terlibat dengan kartel tapi tiada tindakan dilakukan…persoalannya, apakah anggota polis yang memaklumkan itu juga tidak boleh dipercayai? jadinya, tugas ‘siapa’ untuk memastikan anggota polis yang mana satu boleh dipercayai? hamid bador pun tiada jawapan…kalau hamid badut ada jawapan, dia sudah beritahu pada menteri(KDN) dalam rakaman perbualan telefon itu
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga…bukan disebabkan komitmen yang rendah oleh PDRM untuk membanteras isu kartel ini atau isu2 lain melibatkan salah-laku kerana kita biasa dengar ada anggota polis didakwa di mahkamah kerana melakukan sesuatu kesalahan…isu kartel & salah laku dalam PDRM dapat dibanteras dengan kejayaan yang tinggi oleh KPN baharu sekiranya masalah dalaman itu dapat diselesaikan terlebuh dahulu
berbalik pada pengetahuan ‘open secret’ atau bukan lagi rahsia tentang isu kartel dalam PDRM, maksudnya apabila hamid bador mula bertugas sebagai KPN isu kartel ini telah pun menjadi pengetahuan hamid bador…hamid bador sepatutnya ‘merungut’ semasa PH menjadi kerajaan atau semasa dia menjadi ketua SB lagi…bila sekarang baru nak ‘merungut’, nampak sangat hamid bador cuba nak bersihkan diri minta orang awam jangan aggap dia ‘anjing kerajaan’ lagi…istilah ‘anjing politik’ digunakan menjadi ratib orang politik dari parti pembangkang, begitu juga kepada ‘orang kerajaan’ yang kecewa…kalau terasa diri selama ini menjadi ‘anjing kerajaan’, simpan sahaja dalam hati & duduk diam sebab orang faham…tidak perlu hemburkan kata2 nista pada TUAN kerana anda juga pernah lebih lama menjadi anjing kepada TUAN(sebut Mahathir) yang lain…apakah Mahathir melantik anda menjadi KPN bukan disebabkan kriteria ‘orang kita’ juga?