Ziarah kubur Aidilfitri di kawasan PKPB, PKPP saja


KUALA LUMPUR:  Ziarah kubur Aidilfitri di kawasan PKPB, PKPP saja.  Aktiviti ziarah kubur sempena sambutan Aidilfitri dibenarkan namun hanya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media yang berlangsung hari ini.

Aktiviti ziarah kubur di kawasan PKPB dan PKPP perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Mengenai ziarah tanah kubur bagi kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat, hadnya tidak melebihi enam orang bagi satu lot atau petak kubur serta tidak melebihi 30 minit,” katanya.



Ismail Sabri berkata aktiviti ziarah kubur di kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan. BH

Baca juga : https://mykmu.net/2021/01/13/kenduri-tunang-sambut-hari-jadi-dilarang-di-negeri-kena-pkpb/

Sila like Fb MYKMU

Tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini – Ismail Sabri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker