Negeri dan daerah perlu diberi ruang laksanakan PKP

PETALING JAYA : Kerajaan Negeri dan daerah perlu diberi ruang untuk membuat keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan terjejas berbanding kini terletak di bawah bidang kuasa Pusat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dilihat lebih berkesan untuk menangani pandemik Covid-19 secara lebih bersasar berbanding kini dilakukan secara menyeluruh sehingga mendatangkan kesan buruk kepada semua rakyat.

Katanya, perkara itu merupakan antara empat pendekatan proaktif digariskan satu jawatankuasa penasihat kesihatan yang dibentuk khas Pejabat Ketua Pembangkang untuk mencari jalan penyelesaian menangani pandemik Covid-19 ekoran kebimbangan tercetus ekoran kes harian melebihi 3,000 jangkitan pada setiap hari.



“Selain itu jawatankuasa ini mencadangkan kerajaan supaya memberikan mereka ruang untuk mendapatkan data Covid-19 terdapat dalam MySejahtera dan memberi peluang untuk mereka mengutarakan pandangan ke arah jalan penyelesaian.

“Paling terakhir sekali hentikan darurat dan adakan sidang Parlimen dengan segera supaya kami ahli Parlimen bersama-sama membantu kerajaan dan negara ke arah menamatkan pandemik ini lebih berkesan,” katanya dalam Bicara Khas Covid-19 secara dalam talian hari ini.

Saman ‘negara Kristian’ Hannah Yeoh terhadap bekas KPN batal atas sebab teknikal



Dalam pada itu, Anwar berkata, pelaksanaan darurat dan PKP masih gagal untuk mengurangkan kes malah terus ia bertambah sehingga menyebabkan beberapa sektor termasuk pendidikan terkesan kerana terpaksa ditutup.

Beliau menegaskan, jawatankuasa itu juga menjangkakan jangkitan kes mencecah antara 5,000 hingga 10,000 sehari jika tiada usaha proaktif untuk dilaksanakan segera termasuk mempercepatkan program vaksinasi Covid-19.

“Justeru segala keputusan dan dasar perlu dibahaskan di Parlimen, tetapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) anggap ia tidak diperlukan kerana keangkuhan kuasa.

“Apabila Parlimen tidak bersidang, sudah hilangnya tanggungjawab dan ketelusan untuk memperbaiki dasar-dasar lemah. Yang akhirnya apabila kes bertambah, tentunya mendatangkan kesan lebih besar kepada semua rakyat termasuk golongan B40 dan pelajar sekolah dan universiti kerana gagal mendapat akses pendidikan yang sewajarnya,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Kongres PKR terbuka bahas isu Audio Anwar-Zahid dan kerjasama UMNO – Saifuddin Nasution

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker