Inilah Perniagaan Yang Dijalankan Oleh Pasangan Jutawan Neelofa Dan PU Riz

Inilah Perniagaan Yang Dijalankan Oleh Pasangan Jutawan Neelofa Dan PU Riz
Inilah Perniagaan Yang Dijalankan Oleh Pasangan Jutawan Neelofa Dan PU Riz. Pasangan selebriti paling popular, sama cantik dan sama padan ini telah selamat diijabkabulkan pada bulan Mac yang lalu. Majlis gilang gemilang serba putih ini telah dilangsungkan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Sewaktu Neelofa berusia 26 tahun, dia pernah digelar jutawan dan tersenarai sebagai wanita terkaya di Asia Tenggara bawah 30 tahun di dalam majalah Forbes.

Kini Jutawan Neelofa Dan PU Riz mempunyai pelbagai cabang perniagaan yang dijalankan. Di sini kami ingin berkongsi dengan pembaca antara perniagaan yang dijalankan oleh Neelofa dan suaminya, PU Riz. Jom kita tengok!

1. Aplikasi The Noor
Inilah Perniagaan Yang Dijalankan Oleh Pasangan Jutawan Neelofa Dan PU Riz

Aplikasi yang dikeluarkan hasil dari idea Neelofa sendiri ini baru dilancarkan pada Januari yang lalu. Aplikasi TheNoor yang merupakan sebuah aplikasi Islamik dan gaya hidup muslim yang merangkumi semua aspek kerohanian dan kehidupan seharian. Fungsi asas aplikasi ini adalah seperti menunjukkan waktu solat, arah kiblat, pemain media Al-Quran serta terjemahan dalam 5 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil, Mandarin dan Indonesia. Pilihan bahasa juga turut terdapat dalam terjemahan dan alih suara dalam A-Quran Player. Apa yang menariknya lagi, untuk terjemahan dalam bahasa melayu, terjemahan menggunakan suara Neelofa sendiri. Ianya boleh digunakan bila-bila masa dan dimana sahaja anda berada.

Nama ‘Noor’ yang diambil sebagai nama aplikasi ini yang membawa maksud cahaya yang menyinari dan membawa rahmat kepada seluruh umat manusia.

Antara fungsi lain Aplikasi TheNoor adalah seperti pembayaran zakat, E-Dagang dan pengurusan wasiat. Pada masa akan datang, Neelofa ingin menjadikannya sebagai E-Wallet bagi memudahkan lagi urusan pengguna.

2. Restoran Food Station – PU Riz
Inilah Perniagaan Yang Dijalankan Oleh Pasangan Jutawan Neelofa Dan PU Riz

Pendakwah bebas yang juga merupakan seorang pelakon, Muhammad Hariz Mohd Ismail yang kini berusia 25 tahun dan berasal dari Selangor. Anak kedua dari 3 beradik ini mula dikenali selepas beliau menyertai program ‘Pencetus Ummah’ pada tahun 2016. Beliau juga mahu meneruskan legasi dan mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Restoran milik PU Riz kini mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia yang menyediakan lebih 500 hidangan Melayu, Thai dan Barat dengan harga yang berpatutan. Selain itu, PU Riz juga ada menguruskan food court di tingkat 3 NU Sentral, Kuala Lumpur.

3. Kolaborasi Neelofa & Chatime
Inilah Perniagaan Yang Dijalankan Oleh Pasangan Jutawan Neelofa Dan PU Riz

Sejak tahun 2019, Neelofa sudah pun bekerjasama dengan syarikat Chatime. Kolaborasi minuman susu iaitu Nilofa Dalgonana telah terhasil selepas produk minuman susu pisang jenama Neelofa menjadi viral dan terus melonjak naik. Ia merupakan minuman susu pisang yang digabungkan dengan milk tea dan juga coklat.

Selain itu, kolaborasi ini juga telah menghasilkan ais krim teh boba.

4.Buku Kaya Jiwa – PU Riz
Inilah Perniagaan Yang Dijalankan Oleh Pasangan Jutawan Neelofa Dan PU Riz

Buku kaya jiwa terbitan Markaz Tijaari merupakan naskah hasil karya PU Riz sendiri yang dipenuhi dengan pesanan untuk menjalani kehidupan seharian serta diselitkan dengan kisah perjalanan kehidupan peribadinya sendiri. Buku ini yang mengisahkan dari seorang insan biasa hingga kini menuju kepada banyaknya kisah dan pengorbanan pada usia yang muda. Pengalaman yang bersulam keindahan dan kepahitan menjadikan Ustaz Muhammad Hariz seorang yang gigih belajar. Buku kaya jiwa PU Riz ini ada dijual di Shopee dengan harga RM35.00 senaskah.

Selain itu, PU Riz dan Neelofa juga mengusahakan Markaz Tijaari bagi membantu rakyat Malaysia terutama golongan surirumah dan pelajar yang mahu menambah pendapatan.

5. Naelofar Hijab Dan Susu Nilofa
Inilah Perniagaan Yang Dijalankan Oleh Pasangan Jutawan Neelofa Dan PU Riz

Perniagaan tudung dibawah jenama Naelofar telah dijalankan sejak September 2014 dengan hanya 3 orang pekerja sahaja. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui sepanjang mengusahakan perniagaan yang dijalankan bersama keluarganya itu. Koleksi tudung Naelofar hijab telah dijual secara dalam talian ke lebih 37 buah negara termasuk Perancis, United Kingdom dan banyak lagi. Menurut Neelofa, pada tahun 2015, syarikatnya mencatatkan jualan sebanyak 50 juta ringgit dengan pasaran antarabangsa yang telah menyumbang sebanyak 10 peratus daripada jumlah jualan tersebut.

Selain itu, Neelofa juga kini menjalankan perniagaan lain seperti produk minuman susu Nilofa seperi susu pisang, durian, mangga, kurma, badan dan kismis. Harga yang ditawarkan adalah dari RM3.50 hingga RM27.00 untuk 6 pek.

Inilah antara senarai yang dapat kami kongsikan bersama pembaca. Terdapat berbagai perniagaan yang dilakukan oleh pasangan ini bagi mencapai kejayaan yang luar biasa. Semoga pasangan ini dapat menjadi inspirasi untuk kita terus berjaya dan memperoleh kejayaan.

Biodata dan Latar Belakang Neelofa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker