Polis hanya tunduk pada undang-undang, bukan menteri – Tun Hanif


Bekas ketua polis negara, Hanif Omar berkata, tiada menteri boleh mengarahkan Pesuruhjaya Polis melakukan sesuatu yang tidak sah dari segi undang-undang.

Dalam mesej tahniah kepada bakal Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, yang kini tersebar di media sosial, Hanif berkata, menteri tidak boleh mengarahkan pesuruhjaya polis “tidak melakukan apa yang dibenarkan dari segi undang-undang”.

Dengan memetik kes Common Law di United Kingdom, katanya, ini terkandung dalam penghakiman Hakim Denning dalam kes Peguam Negara dan Pesuruhjaya Polis pada 1973.

Hanif, yang pernah menjadi KPN selama 20 tahun, berkata hanya Pesuruhjaya Polis boleh menentukan keutamaan terhadap mana-mana tugasnya.

“Polis hanya boleh tunduk kepada undang-undang dan bukannya individu lain, walaupun menterinya sendiri,” katanya dalam mesej berasingan kepada FMT.

Mesej Hanif menyusul pendedahan Abdul Hamid Bador yang bakal bersara minggu depan berhubung campur tangan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dalam urusan polis.

Hamid mendakwa arahan dikeluarkan Hamzah untuk menangguhkan pertukaran pegawai kanan polis.

Katanya, Hamzah turut berusaha mendapatkan kuasa untuk menentukan di mana pegawai polis akan ditempatkan.

Hanif turut mengimbau pertemuannya dengan Acryl Sani, sekembalinya daripada cuti pengajian di UK dan mendapati beliau ialah jurutera.

Katanya, kesungguhan dan kegigihan Acryl Sani selama ini akhirnya membuahkan hasil.

“Pelbagai kartel sedang menunggu tindakan anda,” katanya yang mungkin merujuk dakwaan Hamid berhubung kartel polis terdiri daripada pegawai muda yang mahu menguasai pasukan itu. FMT

KPN : Saya dah bawa perkara ini kepada PM, tapi

Related Articles

One Comment

  1. rakyat ada yang bertanya nak tahu atas arahan siapa menteri KDN campur tangan pelantikan KPN & pegawai2 atasan polis yang lain?

    persepsi rakyat ialah ‘abah’ gunakan hamzah sebab ‘abah’ tak berani lakukan sendiri seperti ‘atok’ lakukan semasa dia jadi PM

    hanif omar tak kecoh pun bila ‘atok’ lantik hamid bador jadi KPN
    lagi tak kecoh bila ‘atok’ lantik ‘orang politik’ bernama tipah koya jadi ketua SPRM
    ada hanif omar kecoh bila ‘atok’ lantik loyar ‘half past six’ bernama tommy thomas jadi AG?
    kenapa sekarang baru nak kecoh?

    raktat pun tak kecoh hanif omar dapat jadi KPN selama 20 tahun…
    selepas bersara, dapat berkecimpung dalam bisnes jadi orang kuat taukay Genting

    boleh dikatakan ‘abah’ pun turut sama kantoi dengan hamzah tentang rakaman telefon pelantikan KPN ni

    ni lah karma namanya…
    rakaman perbualan telefon presiden UMNO dengan anwar menjadi sejuk bila perbualan telefon hamzah dengan hamid bador menjadi hangat

    si perakam perbualan telefon hamzah & hamid bador ni dah dapat ke belum dikenal pasti?

    kalau dah dapat dikenal pasti, harap hamzah dapat biarkan dia sambur hari raya dulu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker