Usah tuding jari pada suami sahaja

PENULARAN pandemik Covid-19 sejak tahun lalu memberikan impak besar kepada kebanyakan keluarga.

Peranan suami dan isteri ketika ini diuji terutama dalam memastikan kestabilan emosi ahli keluarga ketika tanggungjawab dan cabaran dihadapi makin bertambah.

Ini termasuk dalam meningkatkan penjagaan kesihatan keluarga, memastikan kelangsungan pendidikan anak semasa di rumah selain hal penjagaan anak semasa bekerja.

Namun tidak dapat dinafikan, kesan penularan wabak berkenaan serba sedikit memang ada memberi kesan kepada ketidakstabilan emosi dalam kalangan ahli keluarga.

Apa tidaknya apabila ada segelintir ketua keluarga terpaksa diberhentikan kerja selepas syarikat gulung tikar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac tahun lalu.

Ketua Kaunselor Bahagian Kaunseling, Jabatan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Norazman Amat berkata, menyedari hal tersebut, pihaknya terpanggil untuk membantu klien yang terbeban dek kehilangan kerja serta-merta serta hilang arah tuju kehidupan terutama bagi golongan suami yang terkesan.

‘Saya bukan biawak pemakan bangkai’ – Hamid Bador

POSITIF

“PKP yang berlaku tahun lalu semestinya memberi kesan kepada suami yang diberhentikan manakala isteri pula terpaksa memikul tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga. Apa yang saya dapat lihat, kedua-duanya tidak ada komunikasi yang baik dan gangguan emosi serta tidak bersedia menghadapi pandemik ini.

“Saya faham, pandemik ini tidak pernah dialami di mana-mana dan ia satu virus baharu yang menganggu-gugat kehidupan masyarakat khususnya ketua keluarga.

Bagaimanapun, mereka (suami) perlu bertindak positif, sabar, inovatif dan reda dengan dugaan yang datang dalam menangani isu ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Di pihak isteri pula, Norazman menasihatkan mereka agar menerima tanggungjawab menjadi ketua keluarga tanpa merasakan ia satu beban. Tidak perlu menuding jari kepada suami sekiranya suami tidak mampu. Namun, perlu berganding bahu bagi memastikan kehidupan keluarga kekal harmoni.

Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini memaklumkan, kadar pengagguran di negara ini diunjurkan dalam lingkungan 3.5 hingga 5.4 peratus berikutan impak penularan pandemik Covid-19.

Berdasarkan laporan Statistik Utama Tenaga Buruh di negara ini pada Mac tahun lalu, jumlah penganggur meningkat 17.1 peratus kepada 610,500 orang dengan kadar 3.9 peratus daripada angka bagi bulan sama pada 2019.

Pemansuhan UPSR bakal teroka potensi sebenar murid

Dalam pada itu, Norazman memberitahu, ketika negara berhadapan pandemik Covid-19, MAINS terlibat sebagai sukarelawan bagi Talian Kasih 15999. Talian itu menerima banyak panggilan daripada individu yang terkesan seperti diberhentikan kerja dan tekanan emosi.

“Kami menerima terlalu banyak panggilan dan kadar perceraian agak tinggi dalam musim PKP tahun lalu. Keadaan ketika itu menjadi tidak tentu arah dan panik kerana ada ketua keluarga yang terpaksa berhenti kerja secara tiba-tiba.

“Ada juga hanya salah seorang yang bekerja. Contohnya, suami bekerja manakala isteri tidak bekerja. Jadi, apabila PKP dikuatkuasakan, mereka tergugat memikirkan siapa yang akan menyara keluarga,” katanya lagi.

TIADA DUIT

Norazman menjelaskan, jika dahulu masyarakat didedahkan dengan kesusahan dan kesukaran, namun kini peralihan zaman moden melihat pandemik sebagai satu masalah.

“Pada zaman dahulu, saya sendiri pergi ke sekolah berjalan kaki, tiada duit dan boleh bertahan untuk menghadapi kesusahan. Apabila generasi baharu melihat pandemik ini, mereka menjadi huru-hara dan menganggap kehadiran virus ini sebagai satu musibah.

“Selepas mereka menerima takdir, mereka perlu menerima pandemik ini sebagai satu dugaan dan cara ini boleh mempercepatkan proses pemulihan.

“Dalam kaunseling menghadapi musibah, mehnah merupakan tarbiah proses pembelajaran dan pengajaran kehidupan. Mehnah iaitu ujian, cabaran dan rintangan yang perlu diterima oleh manusia yang merupakan pengajaran kehidupan.

Betulkan darurat politik toksik sebelum ‘nasi jadi bubur’, gesa Rafidah

“Mereka (suami atau isteri) perlu memikirkan apabila reda dan menganggap ujian tersebut merupakan satu ketentuan Allah,” katanya.

Oleh itu, setiap keluarga perlu menghadapi dugaan dengan penuh kesabaran dan tidak memandang faktor diberhentikan kerja sebagai satu musibah atau malapetaka, sebaliknya menganggap ia satu ujian dan hikmah.

“Anggaplah ujian yang menimpa sebagai satu perkara yang positif untuk meneruskan kehidupan dan berusaha memperbaiki diri dan keluarga. Di samping itu, sebagai ketua keluarga khususnya perlu lebih inovatif mencipta peluang baharu.

“Jangan menerima takdir dan menganggap ia satu penamat. Sebagai hamba Allah, dugaan yang terjadi akan membawa satu rahmat yang tidak disangka kelak,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling profesional secara percuma dan terbuka boleh menghubungi Bahagian Kaunseling, Jabatan Zakat MAINS di talian 06-7622445.

Viral video lelaki dipercayai ADUN peluk wanita masuk bilik hotel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker