Saifuddin Abdullah positif COVID-19

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah telah disahkan positif COVID-19, setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam Rabu.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital.

Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Kementerian berkata, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian berjalan dengan lancar.
“YB Dato’ Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Sementara itu, pegawainya mengesahkan kepada media bahawa Saifuddin tidak menghadiri mesyuarat Kabinet di Putrajaya semalam.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker