Peningkatan membimbangkan, rekod 3,332 kes jangkitan baru Covid-19

Jangkitan harian Covid-19 semakin membimbangkan apabila sebanyak 3,332 kes baru direkodkan di seluruh negara setakat semalam.

Selangor terus mencatatkan angka tertinggi dengan 1,083 jangkitan iaitu hari kedua berturut-turut mencatatkan kes melebihi 1,000.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 522 kes, Kelantan (401), Kuala Lumpur (359) dan negeri-negeri lain.

Perlis turut mencatatkan satu lagi kes positif Covid-19 seperti semalam.

Bilangan kes baru mengikut negeri:

Selangor (1083)
Sarawak (522)
Kelantan (401)
Kuala Lumpur (359)
Johor (207)
Pulau Pinang (158)
Sabah (131)
Negeri Sembilan (111)
Kedah (105)
Pahang (92)
Perak (91)
Melaka (43)
Terengganu (19)
Putrajaya (9)
Perlis (1)
Labuan (0)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker