Peniaga burger tular didakwa hidup mewah, dah langgar SOP sebelum ini


BARU-BARU ini negara kecoh dengan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada seorang peniaga burger tepi jalan.

Perkara itu telah mendapat simpati masyarakat dan ramai yang menganggap kompaun tersebut terlalu tinggi untuk dibayar.

Malah, selebriti seperti Neelofa dan pendakwah bebas, PU Azman turut berhajat untuk membantu meringankan beban peniaga itu untuk membayar kompaun tersebut.

Namun, hari ini lain pula ceritanya apabila peniaga itu sebenarnya dikatakan telah beberapa kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Malah, beberapa gambar dia hidup dengan keadaan didakwa mewah juga telah tersebar di laman sosial sehingga mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.


Namun, peniaga tersebut menerusi satu status terbaharu di akaun Facebook miliknya memberitahu yang hanya orang terdekat yang tahu apa cerita sebenarnya.

Ruangan komen peniaga tersebut juga dipenuhi dengan komen-komen netizen yang marah serta menasihatkan dia supaya mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan kalau tidak mahu dikompaun.

Sebelum ini ramai yang bersimpati dengan beliau, malah ada di kalangan artis jug a mahu menolongnya untuk membayar kompaun.

Peguam Zulhazmi Shariff berpendapat peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir di Kota Bharu yang dikenakan kompaun RM50,000 oleh polis tidak perlu membayar jumlah tersebut.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kedah, bahkan bersedia menawarkan khidmat guaman percuma kepada Wan Mohd Faisal, 38, jika berada di ibu negeri Kelantan itu.

Dikompaun RM50,000, Isteri Peniaga Burger Dedah Perkara Sebenar..Memang Mengejutkan!!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker