Isu Guru Buat Lawak Rogol, Diana Danielle Sekolahkan Pengikutnya Di IG Kerana Salahkan Murid

Luahan Diana di hantaran Instagramnya itu nampaknya dibidas oleh salah seorang pengikutnya

Baru-baru ini agak kecoh apabila seorang remaja mendakwa guru Pendidikan Jasmani bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Menurut laporan dari Sinar Harian, Seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Isu ini turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi Diana Danielle. Isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil itu meluahkan rasa kesal terhadap segelintir masyarakat yang menjadikan perbuatan rogol sebagai gurauan.

Luahan Diana di hantaran Instagramnya itu nampaknya dibidas oleh salah seorang pengikutnya bernama @cheezyliciousf. Menurut individu ini, kejadian ini berpunca dari sikap murid-murid yang tidak lagi menghormati guru seperti dahulu.



Zaman dulu tak mcm sekarang, dulu mana ada guru-guru macam ini. Tahu sebab apa, sebab lahirnya generasi macam sekarang. Ada anak murid yang tak hormatkan guru ,kurang ajar dengan guru, buat guru macam kawan,  silap sikit panggil ibubapa datang sekolah..

Guru nak mengajar pun susah. Kalau salah nak rotan pun takut, itulah anak-anak zaman sekarang nak bandingkan 20 tahun dulu. Padanlah mereka dapat guru-guru yang macam sekarang ini. Ada sesetengaj guru yang bertindak diluar batasan. Sebab apa? sebab Allah dah sesuaikan ikut keadaan dan zaman sekarang, tugas kita sebagai ibu ayah abad ni sungguh mencabar sangat.” tulisnya netizen dengan yakin

Kenyataan individu ini nampaknya tidak disetujui oleh Diana. Malah aktres berusia 29 tahun ini menggambarkan pendapat individu ini seolah-olah tidak berilmu.

@cheezyliciousf, Saya tidak setuju. Banyak documentari sekarang yang tunjukkan penderaan dikala 70s 60s 50s dulu, tapi tak dilaporkan sebab dulu lagi susah nak dapat sokongan dari masyarakat, tidak ada cara untuk mendedahkan institusi ini. Cuma kerana awak tak dengar atau tak tahu, tak semestinya tak ada.Pada akhirnya mereka manusia, guru @ tidak nafsu sexual ni bukan terlahir semalam. Penderaan seksual telah berlaku selama bertahun-tahun, tetapi dengan media sosial dan penyokong yang bantu mangsa, kita dapatlah dengar sisi cerita mereka. Jadi saya sama sekali tidak setuju, ini tidak berilmu.”- tegasnya

Terdahulu, Diana memberi teguran segelintir guru yang bergurau keterlaluan ketika di dalam kelas. Tulisnya di Instagram, sepatutnya para pendidik menjadi contoh yang terbaik dalam sekolah.

 



“Kepada cikgu yang suka cakap merepek dalam kelas… merepek and being sexually inappropriate is different tau. Nak bergurau dgn budak ikutlah peringkat kematangan mereka, if theyre children, the jokes you tell your collegues tak sama dgn jokes kita cakap pada budak sekolah. Don’t normalize this, pendidiklah yg menjadi contoh dalam sekolah. Kalau bukan mereka, nak harapkan makcik canteen ke?”- katanya-Murai

[VIDEO] Selepas Tularkan Cikgu ‘Gurau’ Fasal Rogol, Pelajar Dakwa Diugut Rakan Sekelas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker