Noraini Tegaskan Presiden Tak Pernah Arah Wanita Untuk Sokong Anwar Ibrahim


Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini nafi mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semata-mata untuk mendapatkan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Noraini lagi, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

“Saya menafikan dakwaan bahawa wujud pertemuan antara Presiden dengan Wanita UMNO bagi meminta sokongan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Pertemuan sedemikian tidak pernah berlaku dan dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali. Saya minta pihak berkenaan tidak mengheret Wanita UMNO ke dalam kancah politik yang tidak sihat,” katanya.

Noraini yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian susulan dakwaan daripada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Exco Wanita UMNO, Datuk Shamsiah Mohd Yassin yang berkata wujud gerakan untuk menyokong ahli Parlimen Port Dickson itu untuk dilantik sebagai perdana menteri. Umno Online

Berikut adalah kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi –


Terima kasih Datuk Seri Noraini Ahmad Ketua Wanita UMNO yang bingkas dan pantas mencairkan fitnah.

Buat segelintir pemimpin-pemimpin UMNO yang masih tak sedar diri! Sudah-sudahlah mengadu-domba dan mencetuskan persepsi bak ‘Rumah dah siap, pahat masih berbunyi’. Perhimpunan Agong UMNO sebagai platform tertinggi parti telahpun buat ketetapan ‘NO DAP, NO PKR, NO PPBM!’.

Rakyat tidak mahu dengar lagi cerita politik dalaman UMNO!

Cubalah selami isu rakyat ketika ini!

Rakyat susah nak cari makan!

Rakyat marah dilayani ‘dwi-standard’ dalam SOP dan Kompaun!

Rakyat kecewa ketika mereka mengikat perut, ada pemimpin masih berjoli sakan!

Rakyat resah tak boleh bersama keluarga di kampung menyambut lebaran!

Kalau masih ada sekelumit perasaan simpati dan belum ‘mati rasa’, fokuslah agenda bantu rakyat dan berani bersuara bagi menggemakan denyut nadi mereka!

Paling tidak, lebih baik berdiam diri dan fokus mengejar pahala berganda di bulan penuh barakah dan maghfirah Ramadan Al Mubarak.

Punyalah takut sampai kena hantar parasit untuk hancurkan UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker