[VIDEO] “Maaf La Dik, Makcik Tak Nak Menantu Kerja Kilang,” Lepas Dihina Ibu Ex-BF..Gadis Ini ‘Move On’ Temui Jodoh Lain

Menghitung hari untuk bergelar isteri, seorang gadis meluahkan rasa syukur apabila masih ada insan yang sudi menerima dirinya setelah melalui pengalaman dihina oleh keluarga bekas kekasih sebelum ini.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, Faten Syazwani mengakui kecewa apabila sumber rezeki sebagai pekerja kilang dipandang rendah oleh ibu bekas kekasihnya.

Masih terngiang2 apa yang mak dia cakap

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress k1aDK7Xp]

“Maaf la dik, makcik tak nak menantu kerja kilang. Nanti cucu makcik semua takde pelajaran,” kata ibu kepada lelaki berkenaan.

Luka di hati siapa yang tahu, sejak berlaku peristiwa itu, Faten atau mesra disapa Ateyn mula mengambil keputusan bagi menjauhkan diri daripada lelaki tersebut.

Aku buat dia benci aku. Aku langsung tak cerita pasal mak dia hina aku. Walau macam mana pun, aku tak nak dia benci mak dia,… katanya.

Kini, gadis berusia 24 tahun itu teruja untuk mendirikan rumah tangga dipercayai bersama seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Sahrizal selepas melangsungkan pertunangan pada November tahun lalu.

 

Menerusi video berdurasi 20 saat itu juga, Faten bersyukur kerana keluarga bakal suami menerima dia seadanya tanpa memandang jenis pekerjaan sebaliknya ikhlas atas dasar cinta.

“Alhamdulillah, lagi beberapa hari aku bergelar isteri orang. Keluarga bakal suami terima aku seadanya, mak dia dah anggap aku macam anak sendiri,” ujarnya.

Sumber: OMM, TikTok @cikfatensyazwani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker