[VIDEO] Akhirnya “Kancil Lejen” DiTahan Polis..Membahayakan Pengguna Jalan Raya,

Kereta Perodua ‘Kancil lejen’ yang tular di media sosial kerana keadaan fizikal kereta itu yang agak membimbangkan akhirnya ditahan polis untuk pemeriksaan di Kepong, dekat sini, awal pagi ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, pemandu Kancil itu merupakan seorang lelaki berusia 47 tahun, beralamat di Jalan Raub, Pahang.



“Bertindak ke atas video yang tular di media sosial berkaitan Kancil berwarna kuning yang tiada bumbung, polis menahan dan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut dan pemandunya.

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress I3aUbtZO]
“Pemeriksaan mendapati pemandu tidak mempunyai lesen memandu malah kereta tersebut tidak mempunyai cukai jalan, tiada bumbung dan tayar hadapan sebelah kanannya pecah.

“Pemandunya turut menunjukkan sebuah lagi kereta Kancil berwarna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran serta pecah cermin di bahagian pintu belakang sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, kedua-dua kereta Kancil itu tidak layak berada di atas jalan raya dan boleh membahayakan pengguna yang lain.



“Kedua-dua kenderaan itu ditahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular di media sosial kenderaan tersebut dilihat berada di atas jalan sekitar Kepong.

Ketika itu, Kancil lejen yang dicat warna hijau-kuning ala Lotus Racing berkenaan sudahpun ditunda oleh pihak berkuasa atas sebab keadaannya yang uzur tidak sesuai dipandu di jalan raya dan mendatangkan risiko kepada pemandu serta pengguna jalan raya lain.



Kancil ‘lejen’ kembali, #kancilghost mula tular di laman TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker