PH minta menteri pendidikan, dua timbalannya lepas jawatan


KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan dan kedua-dua timbalannya diminta melepaskan jawatan masing-masing selepas didakwa membuka sekolah dengan tergesa-gesa sehingga mencetuskan lonjakan kes Covid-19 dalam Kluster Pendidikan.

Keadaan semasa itu menimbulkan kegelisahan dan keresahan yang dialami para guru, ibu bapa dan penjaga, pelajar dan masyarakat.

Menteri Pendidikan ialah Dr. Radzi Jidin dan timbalannya ialah Muslimin Yahaya dan Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) mendakwa, pembukaan sekolah secara berperingkat pada tahun ini yang dilakukan tergesa-gesa sejurus tidak lama selepas Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) diumumkan tanpa disertai penerangan yang jelas kepada masyarakat tentang pelan dan mekanisme pembelajaran dalam norma baharu melibatkan sekolah jika terdapat kes-kes di sekolah apabila sekolah dibuka.

”Apa yang berlaku kini, pihak pengurusan sekolah ramai yang hilang arah dan punca apabila peningkatan kes di sekolah tetapi mereka tidak dipersiap untuk PDPR di kala sekolah ditutup.

”Malah pemberian 150,000 komputer riba yang dijanjikan kerajaan masih tidak kelihatan,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu diwakili oleh Dr Maszlee Malik selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH, Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Teo Nie Ching (DAP), Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah) Wilfred Madius Tangau (UPKO), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA), Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang) dan Ahmad Hassan (Warisan).

Akibatnya, rakyat secara umumnya kabur tentang hala tuju dan pelan tindakan terancang pihak kementerian berkaitan pendidikan di kala pandemik kerana tidak wujud ketelusan maklumat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada rakyat.

Apa yang pasti, kemarahan rakyat terutamanya para guru, pentadbir sekolah dan ibubapa terhadap kerajaan dan KPM yang diwakili menteri dan dua timbalan menterinya adalah berhubung lemahnya pengendalian mereka terhadap situasi terkini dapat dilihat sama ada di peringkat bawahan mahupun di media-media sosial.

”Atas kesedaran ini, kami mewakili semua ahli Parlimen PH dan parti-parti pembangkang yang lain mendesak agar menteri pendidikan beserta kedua-kedua timbalannya yang dilihat gagal dalam melaksanakan tugas mereka seperti yang diharapkan rakyat supaya segera berundur demi masa depan rakyat dan negara tercinta,” ujar jawatankuasa itu. MG

Radzi dan Azmin menteri paling gagal, kata pensyarah UUM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker