67% sokong Muhyiddin, #kerajaangagal bidaah saja
#KerajaanGagal bukan pendapat sebenar rakyat, kata Pemuda Bersatu
Seorang pemimpin muda Bersatu berpandangan tanda pagar #KerajaanGagal yang tular di media sosial tidak mencerminkan pendapat sebenar rakyat.
Exco Pemuda parti itu, Harris Idaham Rashid, berkata ini berdasarkan tinjauan Merdeka Center yang mendapati kadar sokongan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kekal stabil pada 67%.
“Terbukti #KerajaanGagal tidak mencerminkan pendapat sebenar rakyat dan ia hanyalah taktik kosong yang digembar-gemburkan oleh sebilangan kecil ‘influencer’ media sosial,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Merdeka Center mendapati kadar sokongan kepada Muhyiddin kekal pada paras stabil 67%, walaupun wujud kebimbangan berkaitan pandemik Covid-19 dan ekonomi.
Harris Idaham Rashid..
Bancian dijalankan antara 31 Mac hingga 12 April melibatkan kira-kira 2,111 responden di Semenanjung, dengan 64% daripadanya merupakan orang Melayu, 28% Cina dan 8% India.
Ia mendapati sokongan kepada Muhyiddin dalam kalangan orang Melayu kekal pada paras 83%, walaupun sokongan orang Cina dan India lebih rendah, iaitu masing-masing pada paras 30% dan 66%.
Dalam pada itu, Harris berkata Pemuda Bersatu berpuas hati dengan hasil dapatan itu kerana jelas menunjukkan penerimaan terhadap Muhyiddin sangat kukuh dalam kalangan orang Melayu.
Katanya, manakala sokongan purata dalam kalangan orang bukan Melayu juga stabil.
“Pemuda Bersatu ingin mengetengahkan dapatan bahawa 79% orang muda dalam lingkungan umur 21 hingga 30 (belia) berpuas hati dengan prestasi Muhyiddin.
“Fakta ini sekali gus menguatkan pendirian Pemuda Bersatu bahawa kami menyokong penuh pendaftaran pengundi berusia 18 tahun ke atas dalam daftar pemilih kerana yakin kumpulan umur ini akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum,” katanya. FMT
Raih sokongan 67%, Muhyiddin tak perlu takut panggil sidang Parlimen, kata pemimpin Umno
You must be logged in to post a comment.