Thailand catat kes harian Covid tertinggi, varian baharu burukkan keadaan



Sebaran :


BANGKOK: Thailand melaporkan 2,070 kes baharu Covid-19 pada Jumaat, jumlah kes harian tertinggi sejak wabak itu menular, ketika ia berdepan gelombang ketiga, jangkitan paling parah setakat ini.

Empat kematian turut dilaporkan, kata kementerian kesihatan. Kes baharu itu menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan 50,183 orang, sementara 121 kematian dicatatkan.

Thailand sebelum ini berjaya mengekang beban kes baharu yang jauh lebih rendah berbanding banyak negara lain. Tetapi wabak baharu, yang merangkumi varian B.1.1.7 yang sangat mudah berjangkit menyebabkan lebih 20,000 jangkitan domestik dengan 27 kematian dalam masa hanya 23 hari dilaporkan.



Wabak itu bermula di ibu kota Bangkok dan telah merebak ke seluruh negara.

Sekolah, bar dan rumah urut ditutup sehingga bulan depan dan penjualan alkohol dilarang di restoran dalam usaha membendung wabak ini.

Penularan terbaharu yang menyumbang lebih daripada satu pertiga kes di Thailand setakat ini, turut muncul ketika negara itu giat mengambil langkah tentatif untuk membuka kembali sempadan kepada pelancong asing setelah setahun kawalan sempadan diperketatkan. FMT



Tiada sekatan pergerakan, perintah berkurung di Thailand


Sebaran :


Leave a Reply