Pengerusi PEMBELA difitnah tak lagi sokong kempen BMF
Nampaknya ada ‘coordinated attack’ terhadap BMF dirancang dengan rapi’: Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya menegaskan beliau sentiasa konsisten memperjuangkan kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) yang diusahakan sejak 2019.
Mantan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu meluahkan rasa kesal, apabila terdapat pihak menyalahgunakan gambarnya dan mengelirukan orang ramai bahawa beliau kini tidak lagi menyeru sokongan buat kempen BMF tetapi beralih kepada kempen Beli Barangan Malaysia selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah.
“Nampaknya sekarang ini ada ‘coordinated attack’ terhadap Kempen Buy Muslim First (BMF) yang dirancang dengan rapi dan tersusun.
“Kali ini, tersebarnya sebuah poster yang menunjukkan kononnya saya mengangkat naratif Kempen Beli Barangan Malaysia pula, menggantikan seruan kempen BMF.
“Kalaulah saya sudah meninggalkan kempen BMF khususnya pada zaman pemerintahan PN, mana mungkin NGO kami melancarkan pasar mini Ismart pada bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Malah, beliau berkata, sehingga ke hari ini setiap mesyuarat antara NGO-NGO Islam sentiasa konsisten membincangkan agenda BMF.
“Kita juga secara aktif ‘engage’ dengan pemain-pemain industri yang mengangkat agenda BMF ini.
“Saya tidak faham di mana salahnya usaha untuk membantu peniaga muslim?
“Pesan saya satu sahaja jika kamu tidak mahu membantu sesama muslim, paling tidak janganlah menjadi penghalang,” tegasnya.
Selain itu, beliau turut menegaskan, usaha membina kekuatan ekonomi untuk umat Islam masih panjang dan berliku.
“… dan pasti ada yang tidak senang duduk kerana rasa tergugat,” katanya.
Thailand catat kes harian Covid tertinggi, varian baharu burukkan keadaan
You must be logged in to post a comment.