[VIDEO] “Best Gila Macam Drama ….”Lelaki Jadi Mangsa Curah Milo Kerana Curang?

Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin.

Kebanyakan individu melihat perbuatan curang dengan pasangan sebagai pengkhianatan yang paling besar.

Bayangkan janji untuk setia yang menyatukan dua hati serta hubungan yang dibina bertahun-tahun musnah apabila teman lelaki atau wanita melanggar peraturan nombor satu dalam kehidupan berpasangan.

Siapa yang tidak akan kecewa setelah meletakkan kepercayaan mereka pada seseorang hanya untuk melihat orang itu mengkhianati kita.

Jadi tidak hairanlah ramai yang dapat relate dengan tindakan seorang wanita ini apabila dia menemui teman lelakinya bersama wanita lain sedang menjamu selera di KFC.

Seperti video tular baru-baru ini, pasti ramai yang puas dengan tindakan seorang wanita ini apabila menemui teman lelakinya bersama wanita lain di kedai makan.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dilihat sedang makan bersama seorang wanita didatangi oleh wanita dipercayai teman wanitanya dari belakang.

VIDEO DIBAWAH:-

Tidak menunggu lama, wanita tersebut mengambil cawan minuman di atas meja dan terus menuang air milo di kepala lelaki berkenaan.

Dapat dilihat teman wanitanya sedang bercakap mungkin berang dengan kecurangan teman lelakinya, namun wanita bersama lelaki itu bangun untuk beredar dari kedai makan berkenaan.

Video tersebut turut tular di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen berpuas hati dengan tindakan wanita itu. Malah, ada yang mengatakan ini barulah tindakan dengan menyerang lelaki terlebih dahulu.

Tidak kurang juga ada yang tidak faham dengan pasangan yang berlaku curang, jika tidak serius dalam perhubungan jangan bercinta.

Adegan dramatik tersebut meraih tumpuan netizen yang berkongsikan pelbagai pendapat di ruangan komen.-HCL

[VIDEO] Lelaki Ini Minta Putus Dengan Awek Filipina, Tapi Tak Sangka Dapat Kejutan Lain…

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker