Lelaki bunuh, makan ibu sendiri



Sebaran :


PENDAKWA RAYA Sepanyol menuntut hukuman penjara 15 tahun dijatuhkan ke atas seorang lelaki yang mencekik ibunya hingga mati, mengerat tubuhnya dan kemudian memakannya.

Agensi berita AFP melaporkan, lelaki dikenali sebagai ‘kanibal Ventas’ bersempena daerah di mana polis menjumpai sebuah flat berdarah yang mengandungi sisa jasad manusia dibicarakan di mahkamah minggu ini.

Tertuduh, Albert SG kini didakwa atas kesalahan membunuh dan memusnahkan tubuh manusia.



Menurut pendakwaan itu, insiden tersebut berlaku pada awal 2019 apabila suspek bertikam lidah dengan ibunya yang berusia 69 tahun di sebuah flat di Ventas, kediaman mereka bersama.

Semasa pertikaian itu, Albert mencekik ibunya lalu mengheretnya ke dalam bilik, di mana dia menggunakan gergaji dan dua bilah pisau dapur untuk memotong mayat ibunya “dalam usaha menghapuskan tubuhnya”.

“Sebaik sahaja dia mula mengerat tubuh itu, dia mula memakannya dalam tempoh 15 hari, menyimpan bakinya dalam pelbagai bekas plastik di merata rumah dan peti sejuk,” kata pihak pendakwaan itu.



Albert juga menyimpan sebahagian daripada cebisan badan ibunya dalam beg plastik dan membuangnya dalam tong sampah.

Media tempatan melaporkan, semasa memberi keterangan di mahkamah semalam, seorang pegawai polis yang memasuki flat itu berkata, suspek memberitahu pihak berkuasa bahawa dia sudah memakan sebahagian daripada baki tubuh berkenaan secara mentah-mentah manakala sebahagian lagi dimasak atau memberikannya kepada anjing, menurut laporan media tempatan.

Suspek diberkas pada 23 Februari 2019 selepas polis datang ke rumahnya untuk menyoal siasat setelah ibunya dilaporkan hilang oleh seorang rakan.



Ditanya sama ada ibunya berada di rumah, Albert mengiyakan soalan itu dan menyuruh anggota polis masuk.

“Kami menjumpai tempat kejadian yang mengerikan,” kata seorang pegawai polis yang tidak dikenali kepada saluran berita Telecinco, dengan polis menyatakan suspek diketahui mempunyai masalah berkaitan dadah.

Pihak pendakwaan menuntut agar Albert dipenjara 15 tahun dan meminta dia membayar pampasan 90,000 euros (RM445,991) kepada abangnya. AFP



Penganggur ugut bunuh ibu dipenjara lima bulan


Sebaran :


Leave a Reply