Bekas polis bunuh George Floyd didapati bersalah



Sebaran :


WASHINGTON: Bekas anggota polis Minneapolis, Derek Chauvin didapati bersalah atas dua tuduhan membunuh dan satu tuduhan menyebabkan kematian lelaki kulit hitam George Floyd, lapor AFP.

Menurut keputusan dibacakan oleh Hakim Peter Cahill itu, Chauvin bersalah atas pembunuhan tahap kedua, pembunuhan tahap ketiga dan menyebabkan kematian.

Chauvin, yang mendengar keputusan itu di prosiding yang berlangsung di mahkamah kemudian dibawa ke Pejabat Syerif Hennepin County.



Bagaimanapun, dia sebelum ini mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Berdasarkan garis panduan hukuman Minnesota, Chauvin dijangka berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun enam bulan untuk pertuduhan pembunuhan tahap kedua, 12 tahun setengah tahun enam bulan untuk pembunuhan tahap ketiga, dan empat tahun bagi tuduhan menyebabkan kematian.

Dia mungkin tidak akan dikenakan hukuman maksimum untuk setiap tiga pertuduhan kerana tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Pendakwa raya, bagaimanapun, akan meminta hukuman lebih berat.



Cahill berkata, beliau akan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh lapan minggu dari tarikh sekarang.

Pada Mei tahun lepas, Chauvin antara empat anggota polis yang dipecat selepas satu rakaman video menunjukkan beliau melutut pada leher George Floyd yang digari sekurang-kurangnya 5 minit.

Floyd dituduh menggunakan wang kertas AS$20 palsu untuk membeli rokok di sebuah kedai runcit.



Susulan itu, kematian Floyd mencetuskan rusuhan besar-besaran di bandar Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia. FMT


Sebaran :


Leave a Reply