Masjid di Gombak Mohon Maaf Laung Azan Maghrib Tiga Minit Awal, Puasa Terbatal
GOMBAK: Pengurusan Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak di sini memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar pada Isnin lalu.
Nazir masjid berkenaan, Wan Nawawi dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, kesilapan itu berlaku berpunca dari masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Kata Wan Nawawi, ibadah puasa bagi jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid terlibat adalah terbatal pada hari tersebut.
“Sekali lagi kami mohon maaf dan Insya-ALLAH perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.-SH
You must be logged in to post a comment.