Ada Ahli MT UMNO mahu Zahid berundur?

PETALING JAYA: Sebahagian Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO difahamkan sedang be­ru­saha untuk ‘memberitahu’ Da­tuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya beliau me­le­paskan jawatan sebagai pre­siden parti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang ahli MT membe­ritahu, ia adalah ke­putusan yang dilihat kurang mudarat kepada UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kata sumber berkenaan, ahli MT tidak mahu menggadaikan parti hanya kerana seorang individu yang dilihat tidak lagi di­terima akar umbi.

“Kita tahu apa yang akar umbi fikirkan, UMNO pun bukan sebuah parti yang tak faham apa yang berlaku. Kita juga bukan parti yang suka nak menjatuhkan orang. Kalau ada perubahan, kita ada caranya.

“Kalau adakan pemilihan sekarang, kita tahu akibatnya. Ada pro dan kontra. Semua itu diambil kira dan pertimbangan mana yang kurang mudarat kepada parti, itu yang kita akan pilih Ahad ini,” katanya semalam.

Cadangan Calon UMNO PRU-15 Bawah Umur 65 Tahun, Panglima Kanan Zahid Sedia Berehat

Mesyuarat MT UMNO akan diadakan Ahad ini, difahamkan bagi membincangkan beberapa isu penting termasuk tempoh sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pemilihan parti sama ada ia perlu diadakan sebelum pilihan raya umum atau sebaliknya.

Mesyuarat tersebut dia­dakan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 Mac lalu di mana perwakilan memberi mandat kepada MT bagi menetapkan tempoh sokongan terhadap kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan parti, ahli MT itu bagaimanapun berkata, masalah tetap tidak selesai jika Ahmad Zahid berundur kerana terdapat beberapa ‘kem’ yang ingin mere­but jawatan presiden.

Lokman, Puad , Ku Li & Nazri, Urged Zahid To Step Down

Namun, katanya, ia adalah jalan terbaik yang dilihat pada waktu ini berbanding mele­takkan Ahmad Zahid sebagai presiden parti yang menerajui UMNO bagi mendepani PRU-15.

“Persoalan sekarang, tuan tubuh (Ahmad Zahid) mahu berehatkah?

“Persoalan kedua, kalau kita ubah sekalipun, Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) diangkat, bagaimana dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob? Bagaimana dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein?

Mereka puas hatikah kalau Tok Mat diangkat sebagai calon Perdana Menteri? Cuma ia kurang mudarat kepada parti jika bukan Ahmad Zahid yang terajui UMNO,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Pembongkaran Rakaman Audio Menjadikan Kedudukan Zahid Semakin Goyah – KJ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker