Tahap kefahaman Hilman terhadap perlembagaan PN dipersoal



Sebaran :

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar mempersoalkan tahap kefahaman Setiausaha Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Selangor, Muhammad Hilman Idham terhadap perlembagaan parti kerajaan itu.

Noh berkata, kenyataan Muhammad Hilman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia baru-baru ini membalas kenyataan beliau membuktikan mengenai dakwaannya itu.

“Siapa yang dangkal sebenarnya? Saya telah membuat kajian ke atas perlembagaan PN dan nampaklah yang dangkal ini ialah Hilman, Setiausaha PN Selangor yang tidak pernah membaca atau tidak tahu perlembagaan PN.



“Jadi kalau dia tidak tahu perlembagaan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dangkal kerana melantiknya sebagai Setiausaha PN Selangor,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook beliau pada Sabtu.

Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor berkata, Fasal 22 Badan Perhubungan Kawasan dalam perlembagaan PN jelas menyatakan bahawa Badan Perhubungan Kawasan hendaklah terdiri daripada seorang ketua, timbalan-timbalan ketua dan sebagainya.

Menurutnya, perkara itu didapati berbeza dengan apa yang dinyatakan Muhammad Hilman yang menyebut bahawa Jawatankuasa Penyelaras Parlimen hendaklah mengandungi tiga wakil rakyat.



Pada Rabu, Astro Awani melaporkan kenyataan Muhammad Hilman yang menyifatkan kemarahan Noh berhubung cadangan pelantikan Penyelaras Parlimen di Tanjong Karang PN sebagai tindakan yang dangkal dan membabi buta.

Tukar kerajaan baru? Ini kenyataan Shahidan

Ia ekoran tindakan Noh yang memberi amaran tegas termasuk kemungkinan menarik sokongan kepada kerajaan PN sekiranya terdapat usaha melantik seorang penyelaras di kerusi Parlimen yang dimenangi beliau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Mengulas lanjut, Noh berkata, beliau bersedia untuk memberikan penerangan lebih teliti kepada Muhammad Hilman dan pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin berkenaan dengan perlembagaan PN.



“Tidak ada penyelaras Parlimen dalam perlembagaan PN. Yang ada ialah Badan Perhubungan Kawasan atau kalau dilantik menjadi Ketua Badan Perhubungan Kawasan.

“Mesti tahu beza antara Pengerusi Penyelaras Parlimen dengan Ketua Badan Perhubungan Kawasan. Dua perkara yang berbeza. Kalau hari itu disebut nak lantik Ketua Badan Perhubungan Kawasan, saya lebih faham daripada Azmin.

“Ini dia buat pengumuman nak lantik Penyelaras Parlimen. Kemudian nak menegakkan benang yang basah, Hilman memetik perlembagaan PN yang berbeza. Jadi saya nak nasihatkan Azmin dan Hilman, cukup-cukuplah,” ujarnya.



Hendak buktikan majoriti di Parlimen pun tak mampu, apatah lagi hendak PRU – Shahril


Sebaran :


Leave a Reply