Tukar kerajaan baru? Ini kenyataan Shahidan

KUALA LUMPUR: Sekarang bukan masa yang sesuai untuk menukar kerajaan.

Menegaskan perkara itu, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bekas Perdana Menteri seharusnya memberi pandangan positif bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kerajaan mana yang boleh uruskan negara dengan baik sekarang ini? Sekarang bukan masanya yang sesuai untuk menukar kerajaan.

“Semua bekas Perdana Menteri, baik Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semuanya perlu beri pandangan positif terhadap kerajaan. Kalau beri pandangan tak positif, pelabur pun tak boleh masuk,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Semalam, Najib mempersoal mengapa UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih berada dalam kerajaan PN yang dikritik gagal menguruskan ekonomi dan Covid-19 dengan baik sehingga wujud gerakan tanda pagar #kerajaangagal.

Najib ‘ajar’ kerajaan cara tarik pelabur

“Saya segan untuk memberi komen tentang hashtag #kerajaangagal, walaupun saya juga tak faham kenapa sehingga hari ini UMNO dan BN masih mahu berkait dengan kerajaan yang gagal,” kata Najib.

Bagaimanapun Shahidan berkata, itu pandangan peribadi beliau, namun beranggapan kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat yang terbaik dalam menguruskan ekonomi dan pandemik Covid-19.

Jelasnya, dalam perjumpaan semalam bersama Ketua Bahagian UMNO Perlis, kesemuanya menyokong PN.

“Terus sokong kerajaan PN. Kalau tak sokong PN, nak sokong kerajaan mana lagi? Saya tak setuju keluar dari BN dari PN.

“Dah dekat pilihan raya nak keluar buat apa? Kena ingat UMNO hanya ada 42 kerusi sahaja,” katanya.

Hendak buktikan majoriti di Parlimen pun tak mampu, apatah lagi hendak PRU – Shahril

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker