Op Tapis: Individu dikehendaki polis antara ditahan di Petaling Jaya

KUALA LUMPUR – Seramai 14 individu warga tempatan termasuk tiga wanita dan seorang lelaki dikehendaki polis ditahan kerana terbabit dalam kegiatan memiliki dan mengedar dadah dalam Operasi Tapis (Op Tapis) di daerah Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua mereka ditahan di sekitar kawasan Sungai Way, Kelana Jaya dan Petaling Jaya dalam operasi yang bermula 11 pagi hingga 11 malam.

Katanya antara yang ditahan seorang individu yang mengedar dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta seorang lagi suspek berstatus ‘Orang Yang Dikehendaki Polis’.

Tukar kerajaan baru? Ini kenyataan Shahidan

“Jumlah keseluruhan rampasan adalah 74 gram ganja, 22.50 gram syabu dan 51 gram pil yaba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 24 hingga 37 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan kerana memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 39A (1) dan Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

Hendak buktikan majoriti di Parlimen pun tak mampu, apatah lagi hendak PRU – Shahril

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker