Kucing ‘tokan’ dadah dicekup
Kucing ‘tokan’ dadah di penjara Panama dicekup
PANAMA CITY: Pihak berkuasa di Panama kelmarin memintas penyeludup tidak disangka iaitu seekor kucing putih gebu yang membawa pelbagai jenis dadah di dalam kantung yang diikat pada badannya.
Kucing itu dipintas ketika ia cuba masuk ke dalam Penjara Nueva Esperanza yang menempatkan lebih 1,700 banduan di Colon, utara Panama City.
“Terdapat kain diikat pada leher haiwan itu yang mengandungi peket-peket berisi serbuk putih, daun dan ‘tumbuhan lain’,” kata ketua Sistem Penjara Panama, Andres Gutierrez.
Menurut seorang pegawai lain, barang tersebut mungkin kokain, ganja dan dadah lain.
Ini bukan kali pertama jenayah seperti ini cuba dilakukan menggunakan haiwan.
Banduan mengumpan haiwan dengan makanan setelah dadah yang “dikirim” dari luar diikat ke badannya.
Pejabat pendakwa dadah di Colon menjelaskan di Twitter bahawa mereka telah memulakan siasatan mengenai penggunaan haiwan untuk menyeludup bahan terlarang ke dalam Penjara Nueva Esperanza.
Panama mempunyai kira-kira 18,000 banduan di dalam 23 penjara yang kebanyakannya sesak.
Sebelum ini, pihak berkuasa berjaya memintas cubaan menyeludup masuk dadah ke penjara menggunakan merpati dan dron. AFP
Si pencinta haiwan, jangan kerana perbuatan ini Allah MURKA kepada anda
sangat bagus tertarik ingin memiliki