Kes tidak turun, tiada rentas negeri
Ketetapan termasuklah untuk prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ziarah sempena Aidilfitri pada tahun ini akan ditentukan selepas 28 April.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, bagi tempoh sekarang sehingga tarikh tersebut orang ramai perlu mengikut peraturan sedia ada.
“Saya sudah beritahu kita masih lagi hadkan rentas negeri kecuali ada keperluan. Bagi negeri yang terlibat dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) ke PKP boleh jika ‘travel bubble’ ada surat majikan juga kebenaran polis.
“Negeri di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan PKP tidak boleh kecuali mereka terpaksa. Pihak polis juga telah buat kenyataan tiga keadaan boleh dibenarkan rentas negeri termasuklah kematian, sakit tenat dan disebabkan pekerjaan.
“Jadi untuk dua minggu ini sehingga 28 April masih ikut peraturan sedia ada. Untuk 28 April hingga next two weeks atau one month itu kita tengok keadaan kedudukan kes,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir merasmikan Program Ketuhar Raya Wanita Umno Tenggara Bersama Kolej Komuniti Bandar Tenggara di Kolej Komuniti Bandar Tenggara, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Wanita Umno Bahagian Tenggara, Datin Salasiah Idris; Adun Panti, Hahasrin Hashim; serta Pengarah Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Khairul Anuar Ab Wahab.
Adham berkata, bagi gelombang kali ini kes telah melonjak dari 900 kes naik ke 1,000 lebih, 2,000 kemudian sehingga 3,000 kes dalam satu masa, namun hari ini kes menurun kepada 2,195 setelah dua hari merekodkan angka 2,551 dan 2,331 kes.
“Jadi kes sudah ‘spike’ dia akan turun balik. KKM cadangkan sekiranya kes tidak turun rentas negeri semasa raya Aidilfitri tidak dibenarkan. Bagaimanapun perkara ini akan dibawa ke MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk ditetapkan,” katanya. K Online
Jaga disiplin, SOP kalau nak balik beraya di kampung
You must be logged in to post a comment.