Darurat selepas PKP 2.0, ibarat jatuh ditimpa tangga – Prof Jomo


Tindakan kerajaan mengisytiharkan darurat selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dalam menangani wabak COVID-19 di negara ini ibarat jatuh ditimpa tangga, kata Penasihat Penyelidik Institusi Penyelidikan Khazanah, Profesor Emeritus Jomo Kwame Sundaram.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan, pelaksanaan PKP juga membawa kepada kemudaratan ekonomi yang dialami negara ketika ini.
Tambah Jomo, beberapa negara lain yang melaksanakan kaedah yang lebih berkesan dan tersasar berbanding menghadkan pergerakan rakyat menunjukkan perkembangan yang baik.

Menurut beliau, Jepun, Korea, Taiwan, Vietnam, Thailand dan India merupakan antara negara yang tidak melaksanakan PKP, sebaliknya, mengambil langkah yang jauh lebih berkesan serta kena pada sasaran.

“Tanya negara-negara lain seperti Britain, Amerika Syarikat and lain-lain yang kenakan langkah-langkah semacam ini (PKP) dan kita dapati kebanyakan mereka tidak dapat kawal keadaan sehingga baru-baru ini dapati ada kemajuan di Britain disebabkan oleh vaksin,” jelas beliau.

Jomo berkata demikian dalam sidang media secara dalam talian oleh Jawatankuasa Tamat Darurat di sini pada Isnin.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah pakar ekonomi, Muhammad Khalid, Nungsari Ahmad Radhi dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sementara itu, Jomo menegaskan, PKP bukan satu cara untuk menangani wabak COVID-19, sebaliknya langkah-langkah lebih berkesan perlu diambil kerajaan.

“Kita dapati sepatutnya PKP pertama dapat kawal keadaan dan langkah-langkah lain yang berkesan dapat tangani wabak itu di Malaysia ini.

“Apa yang berlaku baru-baru ini, darurat diisytiharkan tetapi selepas pelaksanaan PKP 2.0 … sebenarnya darurat tak perlu untuk PKP 2.0.
“Kalau ada yang setuju bahawa PKP itu perlu sebagai cara tangani wabak ini, sebenarnya darurat itu (pula) boleh dikatakan (seperti) sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya lagi.

Jelas Jomo, ekonomi negara terus terkesan apabila keyakinan pelabur domestik turut terencat susulan tindakan kerajaan melaksanakan PKP dan darurat.

“Disebabkan ini, kita dapati ramai sekali di Malaysia, pelabur-pelabur tempatan, saya tak peduli sangat (tentang) FDI (pelaburan langsung asing) sebab kurang daripada 10 peratus pelaburan sebenar ekonomi Malaysia.

“Kena fikirkan pelaburan domestik. Dalam keadaan ini, seperti waktu lepas kita dapati bahawa keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara sangat tipis dan telah tergugat akibat darurat yang tak perlu yang dikenakan,” katanya lagi. Awani

Jomo: Malaysia jangan bodoh sombong, belajar dari negara jiran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker