Resepi Biskut Red Velvet Rangup
Resepi Biskut Red Velvet Rangup
Masa Penyediaan: 45 minit,
Masa Memasak:10 minit, Jumlah Hidangan:70-80 biji
Hi Semua, sibuk buat biskut raya ke tu?
Mari kita ambil peluang kongsikan satu lagi resepi biskut yang selalu buat kat rumah iaitu biskut red velvet.
Ciri-ciri utama biskut ni ialah warnanya yang merah gelap, dan kebiasaanya kita hias dengan bahan bewarna putih seperti white coklat chip supaya warna lebih ceria dan menyerlah.
NOTA:
1. Hasil biskut dalam 70-80 biji bergantung saiz. Che Nom buat bulat kecil diameter anggaran 2cm
2. Bakar pada suhu 160°C, selama 10- 15 minit. Ikut size dan jenis oven. API ATAS BAWAH.
3. Boleh juga nak ganti mentega dengan majerin. Sedap juga rasa biskut nanti (Planta, Pelangi, dsb)
4. Cuka adalah bahan wajib, cuka akan bertindak balas dengan baking soda bagi menghasilkan gas karbon dioksida dan membuatkan biskut naik dengan sempurna. Anda tak akan rasa sangat cuka tu dalam biskut sebab dah campur dengan bahan lain. Kalau cuba ganti dengan lemon juice boleh cuba tapi Che Nom tak pernah cuba, try at your own risk.
OVEN: Firenzzi 60L
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk biskut red velvet:
1/2 cawan /117g mentega
3/4 cawan /150g gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil cuka makan
1 1/2sudu kecil esen vanila
1 1/2-2 sudu kecil pewarna merah
1/2 cawan /50g hirisan badam
1/2 cawan /90g coklat cip
Bahan-bahan untuk ayak:
1¼ cawan /160g tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder/serbuk penaik
¾ sudu kecil baking soda/soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
Keluarkan dulu butter (supaya butter lembut bila nak mengadun nanti).
Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk coco, baking soda dan baking powder.
Sangai sekejap kepingan badam dalam 2/3 minit atau sehingga naik bau badam kemudian pindah masuk bekas lain (supaya kepingan badam tak terlibih masak).
Pukuk mentega dan gula kastor sehingga kembang @ kuning pucat.
Kemudian masukkan kuning telur.
Masukkan cuka, esen vanila dan pewarna merah.
Gaul sebati.
Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit (supaya mudah untuk adun).
Bila dah sebati, masukkan kepingan badam dan coklat cip.
Adun sekata.
Rehatkan sekejap di dalam peti sejuk.
Griskan tray dengan butter dan lapikkan dengan kertas baking.
Ambil sikit doh dan bulatkan.
Susun atas loyang dan tekankan sikit dengan jari atau garfu.
Masukkan dalam oven yang dipanaskan selama 10 minit dengan suhu 10 °C.
Setting api atas dan bawah.
Sejukkan sebelum masukkan dalam balang kedap udara.
Selamat mencuba.
Resepi Che Nom
Resepi biskut mazola kacang hijau dan semperit keju yang viral
You must be logged in to post a comment.