Bermula Sebagai Jenaka, Lokasi Popular ‘Geng Plastik Hitam’ Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak


Setiap kali memasuki bulan puasa atau Ramadan, pastinya telefilem arahan Mamat Khalid akan menemani kita. Bermula dengan 15 Puasa sehinggalah kepada telefilem terbaru pada tahun ini iaitu 18 Puasa di Kampong Pisang.

Telefilem yang mengisahkan tentang ‘geng plastik hitam’ daripada penduduk Kampong Pisang ini nampaknya berjaya membuatkan para penonton tidak kering gusi menontonnya.

Terbaharu, tular di media sosial apabila para netizen berkongsi gambar lucu menampilkan Bell Ngasri yang merupakan salah seorang pelakon dalam telefilem ini sedang membungkus makanan di belakang kedai.

Gambar yang disangka sekadar membuatkan para netizen tertawa ini nampaknya telah tular sehingga turut menjemput Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk membuat rondaan di kedai berkenaan. Difahamkan kedai tersebut merupakan sebuah lokasi popular buat ‘geng plastik hitam’ serta turut menawarkan servis drive thru.

Awas, 71 ‘port’ geng plastik hitam dikenal pasti di Kedah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker