(Video) : Iklan judi cari ‘duit raya’, penerbit dan pelakon diburu polis


SELEPAS dikejam oleh orang ramai, video yang mengajak masyarakat bermain judi bagi mendapatkan wang lebih untuk menyambut hari raya kini mendapat perhatian polis.

Iklan tersebut menyingung masyarakat Islam apabila operator judi dalam talian menggunakan kesempatan umat Islam yang akan menyambut Aifilfitri tidak lama lagi sebagai gimik promosi perkhidmatan mereka.

Hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis akan mengesan pelakon dan penerbit video iklan mempromosikan judi dalam talian.

Katanya, satu laporan polis sudah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat asal usul video berkenaan.

“Pada 15 April, terkesan satu video yang tular berdurasi 2 minit dan 1 saat yang didapati mempromosikan judi dalam talian.

“Isi kandungan video berkenaan didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, susulan itu, siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon yang terbabit dalam video berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah judi terbuka.

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan.

“Orang ramai diingatkan suapaya tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” katanya.

Semalam, video berkenaan tular di media sosial hingga mendapat kritikan netizen.

Video berkenaan dipercayai dikeluarkan sindiket perjudian dalam talian yang memperhebat promosi kegiatan haram itu di media sosial sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam video lagu raya berdurasi 2 minit dan 1 saat yang tular itu memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan ‘duit raya’. Utv

MELAMPAU!, ramai kecam iklan judi online kait dengan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker