Agihan kerusi dengan UMNO : Saya kata tangguh bukan henti – Hadi


Rundingan mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan Umno bukan dihentikan tetapi ditangguh, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata PAS buat masa ini hanya membincangkan perkara berkenaan dengan Bersatu.

Abdul Hadi berkata Umno perlu mempunyai hala tuju jelas dan menyelesaikan kemelut dalamannya terlebih dahulu sebelum rundingan mengenai pembahagian kerusi PRU15 diteruskan.

“Ia (rundingan pembahagian kerusi) masih di peringkat awal. Dengan Umno kita masih ada hubungan, cuma Umno dia masih ada masalah lagi, biar dia selesaikan masalah dia dahulu.



“Kita tidak hentikan rundingan kerusi dengan Umno, cuma tangguh. Jadi kita tunggulah Umno selesaikan masalah dia dahulu, dan kita ambil peluang ini (berunding) dengan Bersatu dahululah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah Dhuha secara dalam talian, di Masjid Rusila di Marang hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi berkata, pihaknya telah menghantar wakil untuk berunding dengan Bersatu mengenai pembahagian kerusi, dan perbincangan dengan Umno ditangguhkan buat seketika, kerana parti itu kini berdepan kemelut dalaman.

Sementara itu Abdul Hadi menegaskan Majlis Syura Ulama PAS telah memutuskan bahawa parti itu dibenarkan bekerjasama dengan mana-mana parti politik khususnya parti politik Melayu dan Islam.

“Parti politik bukan Islam yang tidak ekstrem pun kita boleh bekerjasama. Namun (parti) Melayu yang liberal kita tolak,” katanya. Bernama



Kita masih ‘cium mulut’, Umno tak tahu jika rundingan kerusi dengan PAS tangguh, kata Tok Mat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker