Guru meninggal dunia dalam kereta



Sebaran :


Seorang guru ditemui meninggal dunia dalam kereta yang diparkir di depan Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sabak Bernam, semalam.

Kejadian 4.30 petang itu disedari isteri mangsa yang baru pulang ke rumah selepas mendapati lelaki berusia 56 tahun itu berada di bahagian pemandu kereta jenis Naza Citra dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Agus Salim Mohd Alias, berkata isteri mangsa kemudian memberitahu rakan sekerjanya berhubung kejadian.



“Pasukan kesihatan dari Klinik Bagan Terap kemudian membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Agus Salim berkata, polis dimaklumkan mengenai kematian guru itu selepas dihubungi seorang pembantu perubatan pada 5.30 petang semalam.

“Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati tiada sebarang kesan luka atau cedera.



“Isteri memaklumkan, mangsa yang bertugas di SMK Sungai Besar menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Besar secara berkala,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke hospital dan akan dibedah siasat selepas keputusan ujian Covid-19 diperoleh.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya. FMT



Rentas negeri untuk sambut Aidilfitri ditangguh – KKM


Sebaran :


Leave a Reply