Polis buru suspek disyaki culik 2 pekerja India

Tangkap layar daripada sebuah rakaman CCTV menunjukkan beberapa individu menarik dua warga India secara paksa dari dalam sebuah restoran di ibu kota hari ini.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan beberapa individu disyaki terlibat dalam kes melarikan dua warganegara India dari sebuah restoran di Brickfields petang tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar berkata, dua lelaki yang dilarikan itu dipercayai bekas pekerja sebuah restoran di Pandamaran, Klang.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, pengurus sebuah kedai makan di Brickfields mendakwa didatangi beberapa lelaki, yang kemudian menarik dua warga India terbabit secara paksa dari dalam premisnya.

“Siasatan polis mendapati beberapa individu terbabit menarik dua lelaki warga India yang didakwa bekas pekerja sebuah restoran di Klang itu, yang melarikan diri kerana majikan lamanya gagal membayar gaji,” katanya dalam kenyataan.



Anuar berkata, salah seorang mangsa yang dilarikan, dilaporkan pernah membuat laporan polis di Klang Sabtu lalu kerana mendakwa majikannya gagal membayar gajinya.

“Susulan itu, kedua-dua mangsa bertindak melarikan diri dan menumpang di sebuah restoran di Brickfields,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Terdahulu, tular sebuah rakaman kamera litar tertutup selama 19 saat, memaparkan beberapa individu menarik dua lelaki warga India secara paksa dari dalam sebuah restoran di ibu kota hari in



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker