Kurangkan menteri, bukan minta penjawat awam berwakaf – Adun Durian Tunggal



Sebaran :


Susulan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa negara sudah kekurangan duit, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Mohd Sofi Abdul Wahab mencadangkan kerajaan membuat rombakan kabinet untuk mengurangkan jumlah menteri.

Sofi juga mencadangkan agar jawatan duta-duta khas diberhentikan serta melakukan pemotongan elaun kepada pengerusi badan berkaitan kerajaan (GLC).

“Buat rombakan kabinet bagi mengurangkan belanja kerajaan dan dengan kurangnya menteri dan timbalan menteri, sudah tentu wang boleh digunakan untuk bantu rakyat dan pembangunan negara.



“Tidak ketinggalan buat pemotongan elaun untuk pengerusi GLC dan ada juga duta khas ini semua mesti diberhentikan kerana kita tidak melihat adanya fungsi dan mereka hanya setakat dapatkan elaun dan gaji tanpa berikan perkhidmatan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan.

Jelasnya, itu disebabkan negara kini sudah tidak mempunyai wang yang banyak.



Mengulas lanjut, Sofi turut menambah, tidak wajar kerajaan mengalakkan penjawat awam untuk mewakafkan gaji mereka bagi membantu ekonomi negara.

Dia mengulas demikian berhubung inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf khususnya secara berkala melalui potongan gaji.

Jelas Muhyiddin, antara usaha pelaksanaan wakaf itu adalah supaya penjawat awam dapat memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negara.



“Jangan diminta pegawai kerajaan untuk potong gaji mereka sedangkan menteri dan timbalan menteri bergaji dengan jumlah yang tidak munasabah.

“Dari kerajaan cadangkan penjawat awam mewakafkan wang gaji, lebih baik buat rombakan kabinet,” jelasnya. Mk

Rakaman suara mirip Muhyiddin, KPN perlu nasihat PM buat laporan polis


Sebaran :


Leave a Reply