PALSU – Zahid Hamidi

Assalamualaikum wbt dan selamat menunaikan ibadah puasa bagi hari kedua 1442H/2021.
Telah tersebar sebuah artikel yang begitu panjang lebar kononnya saya sebagai Presiden UMNO memberikan amanat kepada ahli parti serta akar umbi berhubung perancangan PPBM untuk terus berkuasa.
Artikel itu juga menyebut bahawa pelbagai serangan telah diberikan ke atas saya, tindakan Ahli Parlimen melompat parti, penyalahgunaan kuasa, perpaduan ummah, PRU-15 serta pelbagai intipati lain.
Ingin saya menegaskan bahawa artikel itu tidak ditulis oleh saya mahupun dengan kebenaran saya tetapi dilakukan oleh orang lain yang tidak diketahui individu berkenaan.
Saya menyedari saban hari pelbagai fitnah dilakukan pihak tertentu bagi mengkucar-kacirkan situasi politik semasa serta memburuk-burukkan UMNO.
Saya berharap pihak yang melakukan perkara ini menghentikan segera perbuatan politik jahat.
Saya juga berharap Ramadan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan amal ibadah bukannya menabur fitnah serta mengamalkan politik tidak matang.
Saya menyarankan semua pihak yang mahu mendapatkan kenyataan rasmi daripada saya boleh meninjau melalui Facebook ini dan juga Telegram saya.
Semoga semua daripada kita diberkati Allah SWT dan diterima segala amal kebaikan. Salam Ramadan almubarak.

 

 

Kalau Umno dah tak cantik, kenapa ada usaha nak melamar? – Khaled

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker