Bank Rakyat umum pembayaran dividen 13 peratus


Kuala Lumpur: Kumpulan Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 13 peratus membabitkan jumlah RM373.36 juta kepada semua anggotanya bagi 2020, berbanding 14 peratus pada tahun sebelumnya.

Jumlah dividen itu dapat dimanfaatkan kepada 834,302 anggotanya dan akan dikreditkan kepada anggotanya bermula hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun kadar dividen itu berkurangan satu peratus berbanding 2019, Bank Rakyat kekal mencatatkan pemberian dividen dua angka sejak 22 tahun lalu.

Katanya, jumlah dividen itu kompetitif biarpun berdepan persekitaran mencabar berikutan penularan Covid-19.

“Kumpulan Bank Rakyat meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak 2.0 peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM28.1 juta disumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

“Jumlah sumbangan bagi 2020 adalah sebanyak RM42.15 juta,” katanya pada sidang media sempena pengumuman dividen Bank Rakyat dan prestasi kewangan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 di sini, hari ini. HM

Bank Rakyat perkenal program usahawan B40, Rakyatpreneur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker