Rani Kulup dalam parti: Untung sabut atau batu?



Sebaran :


BERGERAK atas nama aktivis dan NGO sememangnya menjadi makanan Rani Kulup tetapi apabila beliau dikatakan memilih untuk menjadi ahli parti PUTRA, ia sesuatu yang mengundang cakap-cakap orang ramai di luar sana.

Bukan mahu mempersoalkan penerimaan Rani dalam parti oleh Presiden PUTRA, Datuk Dr. Ibrahim Ali tetapi apakah ia membawa imej PUTRA dalam perjuangan memartabatkan orang Melayu?

Atau adakah dengan jawatan yang disandang oleh Rani dalam parti iaitu sebagai Ketua Bahagian Bandar Tun Razak dapat melonjakkan keahlian dalam parti itu sendiri?



Ini persoalan yang akan diperoleh jawapan untuk masa akan datang kerana kemasukan Rani dalam PUTRA akan diperhatikan oleh banyak mata di luar sana biar pun mata-mata itu, bukan dari PUTRA sendiri.

Pembentukan imej parti seharusnya diambil kira kerana PUTRA atau Parti Bumiputera Perkasa Malaysia mempunyai perjuangannya sendiri.

Sehubungan itu, pengaruh yang ramai bukan semata-mata menjadi sandaran keahlian parti sebaliknya mencernakan apa yang diperjuangkan oleh pemimpin atau ketua bahagian demi parti dan rakyat, itu yang dipandang.



Biarpun Rani pernah menyatakan bahawa beliau pernah dilamar oleh beberapa parti politik sebelum ini dan mereka yang pernah melamarnya adalah terdiri daripada kawan-kawan tetapi apakah nawaitu sebenar apabila PUTRA menjadi pelabuhan Rani Kulup?

Keintelektualan juga perlu diambil kira kerana rakyat hari ini mahukan pemimpin yang bukan sahaja berwibawa dan berintegriti tetapi mampu tampil dengan dasar-dasar yang memanfaatkan rakyat, membela agama, bangsa dan negara secara keseluruhan tanpa mengenepikan kaum-kaum lain.

Apakah Rani selayaknya menjadi Ketua Bahagian Bandar Tun Razak? Kalau ya, apakah isu yang mahu diangkat oleh Rani di Bandar Tun Razak?



Jangan sekadar menjadi tempelan kerana PUTRA sedang membina imej sebagai sebuah parti penyatuan orang Melayu dan boleh bekerjasama, mungkin, dengan mana-mana parti politik.

Ketepikan ideologi atau fahaman politik yang berbeza, itu boleh menjadi cogankata mana-mana parti politik dalam negara kita tetapi apakah ia boleh dicapai dengan adanya Rani Kulup dalam PUTRA? SM

Akan bertanding Parlimen, Rani Kulup sertai parti Ibrahim Ali


Sebaran :


Leave a Reply