Azmin memang pandai pasal audio, video, kata Anwar



Sebaran :


Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menyifatkan Mohamed Azmin Ali, sebagai “memang pandai” mengenai isu audio dan video, dalam apa yang dilihat sebagai rujukan sinis kepada isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Penerangan Perikatan Nasional itu.

Semalam, Azmin berkata, berdasarkan pengalaman lamanya sebagai pembantu Anwar, beliau mengecam suara Ketua Pembangkang itu sebagai individu yang mengadakan perbualan dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

Ditanya wartawan mengenai komen Azmin itu, Anwar dilihat menyingkap semula kontroversi video seks dikaitkan dengan Azmin semasa beliau timbalan presiden PKR.



“Itu pandangan dia (Azmin). Dia pasal audio dan video ni, memang pandai,” kata Anwar, tanpa mengulas lanjut.

Rakaman perbualan yang dikaitkan dengan Anwar dan Zahid mencetuskan kontrovesi apabila diuar-uarkan sebagai “bukti” kerjasama antara dua pemimpin itu untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin Yassin.

Anwar dan Zahid nafi mengadakan perbualan berkenaan, sebaliknya menyifatkan rakaman itu sebagai cubaan menfitnah mereka dan parti masing-masing.



Kenyataan Azmin mengenai rakaman audio itu turut diselar oleh kalangan Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Kapar yang juga pemimpin PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid mendesak Azmin untuk terlebih dahulu “memeriksa” video seks gay yang dikaitkan dengan beliau.

“Periksa video itu dan beritahu kami sama ada ia tulen atau tidak,” kata Abdullah Sani.



Pada 2019, video dua lelaki terlibat dalam aktiviti homoseksual menjadi tular. Susulan itu, bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz mendakwa beliau dan Azmin adalah lelaki dalam video tersebut.

Azmin menafikan dakwaan itu dan peguam negara ketika itu, Tommy Thomas memutuskan untuk tidak mendakwa sesiapa, kerana siasatan polis mendapati identiti pelaku dalam video itu tidak dapat ditentukan. FMT

‘Kita perlu percaya kata pakar khianat’, netizen sindir Azmin


Sebaran :


Leave a Reply