Rentas negeri sambut Raya, kerajaan minta KKM umum awal, kata menteri

JOHOR BAHRU: Kerajaan akan meminta Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat persiapan dan mengurangkan kesesakan pembelian tiket pengangkutan awam.

“Perkara ini bawah KKM dan mereka yang akan membuat penilaian risiko,” katanya pada sidang media selepas majlis minum petang bersama warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan kerajaan memperuntuk kira-kira RM1.34 juta bagi tujuan menaik taraf pembangunan dan kemudahan asas di PULADA termasuk membaik pulih masjid, pagar serta penginapan.

 

Hamzah jangan kacau kerja KPN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker