IQ Anak Lemah Punca Jajan, Jadi Jangan Simpan Stok Dalam Rumah – Dr Taufiq

IQ Anak Lemah Punca Jajan, Jadi Jangan Simpan Stok Dalam Rumah – Dr Taufiq

PERASAN tak, anak-anak kalau bab makan jajan laju je. Bila makan nasi sikit pula.

Memang ramai ibu bapa tahu jajan atau snek ringan tak sesuai untuk anak. Namun ibu bapa seolah-olah kalah bila anak merayu-rayu nak makan.

Mungkin ibu bapa kena ada cara lain untuk anak lupakan makanan yang tak berkhasiat ni.

Bagi yang terbiasa ada stok jajan di rumah boleh kurangkan membelinya dan gantikan dengan buah-buahan atau makan sihat yang lain.

Nak tahu lanjut ikuti perkongsian daripada Dr Taufiq Razif.

Ramai betul mak ayah belum tahu tentang bahaya jajan pada otak anak kecil

~ Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi tak ada nilai nutrisi

~ Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.

Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan pada IQ kanak-kanak tu.

~ Walaupun mungkin lepas tu ibu bapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tu tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Efeknya? Seumur hidup!

Jadi kepada mana-mana ibu bapa tu, tolonglah pantau apa yang anak kita makan.

Zaman sekarang adalah zaman yang mana ‘penyakit orang dewasa‘ dah mula menyerang kanak-kanak.

Inilah zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung.

p/s: Tolong ingatkan pasangan dan keluarga kita sekali ye. Sama-sama kita jaga keluarga kita

Kredit: Taufiq Razif

*Artikel asal di Pa&Ma

IQ Anak Lemah Punca Jajan, Jadi Jangan Simpan Stok Dalam Rumah – Dr Taufiq


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker