Anak ada masalah berikan tumpuan? Mungkin inilah penyelesaiannya


“ARDINI, siapkan kerja sekolah dulu baru main,” jerit ibu kepada anaknya yang leka bermain dari pagi.

“Adelia, tutup televisyen sekarang, belajar dulu, buka buku,” lagi arahan sang ibu untuk anaknya yang mata tertancap di televisyen selama berjam-jam.

Situasi itu mungkin kerap berlaku dalam kalangan masyarakat terutamanya ketika membesarkan anak yang masih kecil – dalam kepala mereka hanya seronok bermain.

Sebenarnya, ia perkara biasa bagi kanak-kanak untuk sesekali melupakan kerja rumah mereka, tertarik dengan aktiviti riadah di siang hari, mengelamun semasa kelas, bertindak tanpa berfikir atau gelisah.



Kanak-kanak penuh dengan sifat ingin tahu dan secara semula jadi dikurniakan dengan tenaga yang banyak, tak penat-penat!

Times Of India melaporkan, di peringkat global, kira-kira 136 juta kanak-kanak telah didiagnosis dengan gangguan untuk memberi fokus kepada sesuatu perkara.

Menyasarkan untuk meningkat kemahiran mereka menumpukan perhatian sangat penting untuk diterapkan sejak mereka masih kecil.



Ini bagi membolehkan anda menentukan atau menilai kemampuan mereka untuk mendengar, belajar dan fokus pada tugas di rumah dan di sekolah.

Bukan mudah namun mungkin ini penyelesaian untuk anda.

Perkenalkan kepada anda, TALi, aplikasi menggunakan kaedah yang terbukti secara saintifik untuk mengatasi masalah yang sedang anda cuba selesaikan selama ini.

TALi adalah hasil penyelidikan selama lebih dua dekad mengenai pengembangan kemahiran kognitif dan membantu dalam meningkatkan fungsi kognitif – proses yang membolehkan anak anda belajar dan memahami pelbagai perkara dar
i pengalaman mereka sendiri.
Pengarah Urusan TALi, Glenn Smith berkata: “Kami berada di sini untuk membantu menangani masalah neurologi terbesar di dunia – perhatian dan tumpuan kanak-kanak terhadap sesuatu perkara.



“Kami mengambil bukti daripada penyelidikan, sains dan klinikal, memasukkannya ke dalam platform dan aplikasi digital untuk menjadikannya mudah diakses oleh kanak-kanak.

“Kami yakin bahawa jika anda dapat meletakkan kemahiran memberikan perhatian kepada anak-anak sejak awal, anda akan mempersiapkan mereka – mental dan fizikal – untuk menghadapi cabaran pada usia seterusnya,” katanya.

Program penilaian dan latihan TALi juga bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku hiperaktif, impulsif atau ledakan emosi (jika anak anda menunjukkan tingkah laku sedemikian) dengan ketara.

Ini dapat membantu anak-anak terutamanya dalam prestasi akademik mereka, membentuk hubungan peribadi yang lebih baik dan mudah menyesuaikan diri dalam situasi sosial.



TALi Assesment, yang terkandung dalam aplikasi ini itu merangkumi enam tugasan yang menyeronokkan dan menarik untuk menilai kemahiran perhatian anak anda.

Ia memerlukan satu sesi penilaian selama 30 minit di rumah, sekolah atau lokasi lain yang sesuai untuk ibu bapa.

Aplikasi TALi TRAIN pula menggunakan tugas latihan kognitif berasaskan permainan untuk meningkatkan keupayaan perhatian anak anda – melibatkan lima sesi latihan 20 minit seminggu, selama lima minggu berturut-turut.

Sepanjang masa anak anda dinilai dan dilatih, anda akan mengetahui apa yang sedang berlaku.



TALi akan berkongsi dua laporan – satu penilaian pasca dan satu lagi, pasca latihan bersama dengan kemas kini e-mel mingguan semasa latihan untuk membantu ibu bapa mengikuti perkembangan anak setiap masa.

Data ini juga dapat dikongsi dengan guru dan pakar penjagaan kesihatan sekali gus dapat membantu memahami dan meningkatkan kemajuan mental anak anda.

Anak-anak yang mampu memberi perhatian yang bagus tidak hanya merasa lebih baik, mereka juga lebih cemerlang dalam akademik dan kehidupan.

Tak salah kalau biarkan anak anda mencuba aplikasi ini…



Anak lelaki Joe Biden bongkar masalah ketagihan dadah, hubungan dengan bapa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker