Siapa tak ada telur sekarang?
Datuk Nurulhidayah, anak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melontarkan soalan yang agak kelakar, tetapi sinis iaitu: Siapa yang tidak ada telur sekarang?
Soalan itu dimuatkan bersama-sama dengan surat peletakkan jawatan beliau selaku Ahli Perbadanan SME Corporation Malaysia, yang dialamatkan kepada Menteri Pembangunan Usahawa dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menurut Nuruhidayah, jawatan yang dilantik dilepaskan secara sukarela, manakala jawatan yang dipilih perlu dipertahankan.
Jadi kata beliau, siapa yang tidak telur sekarang?
Lontaran sinis itu dipercayai ditujukan kepada Tan Sri Annuar Musa yang sebelum ini dicabar oleh Zahid supaya meletakkan jawatan.
Annuar juga dilabel sebagai serangga perosak dan pengkhianat kerana sering menyerang presiden UMNO itu secara terbuka dan membela kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Nurulhidayah turut menulis bahawa kapsyen berkenaan tiada kaitan dengannya dan berani kerana benar yang ditulis huruf besar semuanya.
Zahid kini berdepan dengan desakan meletakkan jawatan atau mengadakan pemilihan parti dan terbaharu ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut mendesak perkara yang sama, ekoran terdedah audio perbualan dikatakan di antara Zahid dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Zahid dan Anwar menafikan itu adalah suara mereka dan telah membuat laporan polis. SM
You must be logged in to post a comment.