2.49 Juta Ikuti Nur Amirah Pemain Drum Wanita

Pada usia mencecah 18 tahun, Nur Amirah Syahira Azizul Abidin sudah dikenali sebagai antara Youtuber terkenal di negara ini.

Apa tidaknya, bakat bermain dram sejak berusia lapan tahun diketengahkan berjaya menarik perhatian penonton sehingga memiliki 2.49 juta pengikut di saluran YouTubenya.

Antara pencapaian membanggakan ialah Nur Amirah pernah dinobatkan Youtuber terbaik Asia dua tahun lalu.



MENUNJUKKAN Gold Play Button selepas YouTubenya mencecah sejuta pengikut.FOTO Asyraf Hamzah

Nur Amirah berkata, pada mulanya, dia hanya ingin berkongsi minatnya bermain lagu cover genre metal di YouTube.

“Ketika itu, jumlah tontonan dan pengikut tidak ramai, nak dapat 200 pun susah.

“Namun saya tidak berputus asa. Berkat usaha keras dan bantuan keluarga percubaan membuat kelainan dengan lagu genre baru seperti zapin, hindustan dan sebagainya berjaya menambat hati penonton,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.



Katanya, untuk menghasilkan kandungan menarik di YouTube bukan mudah seperti yang disangka.

“Ramai tidak tahu perkara yang berlaku di belakang tabir. Kadangkala saya tertekan untuk fikirkan kandungan yang menarik.

“Namun, disebabkan minat mendalam, saya jadikan tekanan itu batu loncatan untuk buat yang terbaik bagi memuaskan hati penonton,” katanya.



Menurutnya, wang dijana dari YouTube dimanfaatkan untuk menyara keluarga.

“Saya bukan datang daripada keluarga senang.

“Menerusi wang yang diperoleh dimanfaatkan untuk tampung duit persekolahan adik dan selebihnya kos untuk studio,” katanya.

Ditanya berkenaan pandangan sesetengah pihak mempertikaikan wang dijana daripada YouTube, Nur Amirah ber kata, semua bergantung kepada kandungan disiarkan.



“Jika perkara baik yang kita siarkan, sudah tentu hasil pendapatannya adalah baik.

“Jadilah Youtuber beretika dengan menjaga kelakuan yang mencerminkan budaya kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Jelasnya, kini, dia melihat ramai Youtuber baharu menyediakan kandungan beri impak positif kepada penonton.

“Saya nampak ini satu perkembangan baik kerana ramai ada kesedaran menggunakan platform ini untuk menyebarkan kebaikan,” katanya.



https://www.youtube.com/watch?v=SpJRCC6iBs0

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker