Bukan besi : ‘Klip audio Zahid-Anwar tanda jajaran baru politik’ – Hadi
Klip audio yang didakwa membabitkan perbualan telefon antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi tanda-tanda jajaran politik baru yang ditolak PAS.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika mengulas sama ada rakaman audio itu tulen ataupun tidak.
“Itu sebahagian daripada jajaran baru. Jajaran baru sudah diumumkan (sebelum ini), itu tanda-tanda jajaran baru,” katanya kepada media di Rusila, hari ini.
Presiden PAS juga ditanya sekiranya parti itu akan terus bekerjasama dengan Umno jika rakan sekutunya mewujudkan jajaran baru bersama PKR.
Dalam jawapannya, Abdul Hadi memberi bayangan yang parti itu tidak akan bersama Umno dan akan kekal bersama Perikatan Nasional (PN).
“Kita terus dengan PN. Kita tolak jajaran baru, tidak akan terima jajaran baru,” tambahnya lagi.
Pada klip audio yang tular kelmarin itu, kedengaran suara seperti Anwar memuji suara yang mirip seperti Zahid mengenai cara presiden Umno itu mengendalikan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang berlangsung baru-baru ini.
Bagaimanapun, Zahid menafikan sekeras-kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan Anwar itu, berkata dia “amat kecewa dan terkejut” dengan tuduhan itu.
Presiden Umno itu juga mendakwa dirinya menjadi mangsa ‘rancangan politik’ untuk melemahkan atau memusnahkan Umno
Selepas penafian dibuat Zahid, Anwar juga turut mengambil langkah sama dengan manafikan perkara itu.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata sama ada audio berkenaan tulen atau sebaiknya bukanlah isu besar.
“Tulen tak tulen saya tak tahu, cukup masyarakat menilai tulen tak tulen,” katanya lagi.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata PAS telah memulakan perbincangan mengenai agihan kerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
Katanya, perbincangan dengan Umno buat masa ini tertangguh sehingga parti itu menyelesaikan kemelut dalamannya.
“Kita sudah buat keputusan, kepimpinan kita sudah melaksanakan tugas itu (rundingan kerusi dengan Bersatu) saya serah pada mereka.
“(Rundingan dengan Umno) kita akan melihat perkembangan selanjutnya kerana dalam Umno sendiri pun tidak sekata,” katanya.
Pada PAU 2020 baru-baru ini, Zahid menjelaskan, apabila dia bercakap mengenai jajaran baru (reset) politik negara, ia merujuk kepada kerjasama Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional namun disalah faham oleh ramai orang.
Sebelum ini, Zahid pada Dis lalu berkata Umno dan BN tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baru politik merujuk kepada situasi politik Perak.
Kenyataan itu susulan perubahan dan krisis politik yang melanda negeri itu membawa kepada pertukaran menteri besar.
Selepas kenyataan Ahmad Zahid itu timbul spekulasi yang mengaitkan kerjasama parti itu dengan DAP dan juga PKR bagi membentuk kuasa baru politik negara.
Majlis Tertinggi (MT) Umno telah membuat ketetapan menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan juga PKR. Mk
PAS Pilih PN Untuk Bertanding PRU15 Sebagai Kerajaan – Tuan Guru Hadi Awang
You must be logged in to post a comment.