Rakyat Amerika Syarikat mahu The Rock jadi presiden


SEKURANG-KURANGNYA 46 peratus daripada penduduk Amerika Syarikat menyokong bekas bintang WWE The Rock atau Dwayne Johnson sebagai presiden negara itu.

Berdasarkan pungutan suara yang dibuat, bekas ahli gusti profesional itu dititip boleh menjadi calon presiden untuk pilihan raya pada 2024.

Keputusan pungutan yang diumumkan pada Selasa oleh Piplsay menunjukkan hampir separuh warga AS yang terbabit dalam undian itu menyokong jika dia menjadi calon.

Pungutan itu juga mendapati 29 peratus akan menyokong kempen oleh The Rock sebagai presiden dan pelakon Matthew McConaughey sebagai gabenor Texas, dengan 17 peratus lagi hanya menyokong The Rock.



Selain The Rock, pungutan itu turut bertanya siapakah lagi selebriti yang boleh bertanding sebagai presiden.

Antara nama yang disebut termasuklah Angelina Jolie,Oprah Winfrey dan Tom Hank. Malah 63 peratus mengatakan bintang Hollywood boleh menjadi presiden yang bagus jika mereka memiliki kebolehan berpolitik dan pasukan yang betul.

Pungutan itu dilakukan secara dalam talin dan membabitkan 30,138 orang dewasa antara 2 April dan 4 April. SM

The Rock mahu bertanding jawatan Presiden AS



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker