Adun Teratai keluar DAP


Adun Teratai keluar DAP, kini wakil rakyat bebas pro-PH

Adun Teratai Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar DAP dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong PH.

Perkembangan ini di tengah-tengah dia berdepan dakwaan mempunyai hubungan sulit.

Dalam kenyataan hari ini, Lai berkata keputusan itu agar DAP tidak terus terpalit dengan skandal tersebut.



“Saya tidak ingin nama parti yang saya cintai terjejas kerana masalah peribadi saya.

“Selepas membuat pertimbangan, saya memutuskan untuk keluar DAP dan menjadi Adun bebas yang pro-DAP dan pro-PH untuk berkhidmat di kawasan saya,” katanya.

Lai berkata dia membuat keputusan itu setelah DAP menerima “serangan” berterusan berkaitan dakwaan terhadapnya, walaupun setelah dia meletakkan jawatan sebagai setiausaha penaja DAP Selangor minggu lalu.

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada DAP atas kesan terhadap parti daripada perkara ini,” katanya lagi.



Keputusan Lai ini tidak memberi kesan kepada kerajaan Selangor, di mana PH mempunyai majoriti besar. mK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker