Jepun adakan pilihan raya tahun ini
Tempoh pemerintahan LDP diketuai Yoshihide Suga berakhir Oktober
Jepun berkemungkinan boleh mengadakan pilihan raya tahun ini, menurut Perdana Menteri, Yoshihide Suga.
Bagaimanapun, Suga berkata, pilihan raya hanya akan berlaku setelah wabak pandemik COVID-19 di negara itu dapat ditangani.
“Tentu saja, ada kemungkinan (pilihan raya tahun ini),” katanya dalam satu wawancara pada Selasa.
Setakat ini, Jepun melaporkan 487,545 kes COVID-19 termasuk 9,249 kematian sejak wabak merebak.
Negara matahari terbit itu melancarkan kempen vaksinasi pada awal Mac lalu.
Kapten Kapal Mesir dakwa dijadikan kambing hitam insiden kapal kontena terkandas
Tempoh empat tahun pemerintahan semasa yang diketuai Parti Liberal Demokratik (LDP) berakhir pada Oktober tahun ini.
Tempoh Suga sebagai pemimpin parti LDP juga berakhir pada 30 September.
Suga dipilih menjadi Perdana Menteri setelah penyandang terdahulu, Shinzo Abe mengundurkan diri atas faktor kesihatan.
Pemerintah LDP berdepan kritikan rakyat ekoran tindakannya menangani pandemik di negara itu sehingga berlaku dua kali perintah darurat bagi membendung penyebaran jangkitan. – Agensi